Thursday, 31 January 2013
Hadis 10 Sahabat Dijamin Syurga
1/31/2013 09:15:00 am | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Soalan:
Assalamualaikum, Dr.Juanda saya ada sedikit kekeliruaan mengenai status hadis mengenai 10 sahabat yang dijamin syurga, ada yang mengatakan hadis tersebut dai'f dan tidak pernah disebutkan oleh Rasulullah saw, persoalan saya apakah status hadis ini sama ada sahih ataupun sebaliknya. Wallahu alam.
Jawapan:
HADIS TERSEBUT ADALAH HADIS SAHIH. diriwayatkan antaranya dari ‘Abdul Rahman bin ‘Auf, Sa’id bin Zaid RA, katanya:
قَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبُو بَكْرٍ فِي
الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَعَلِيٌّ
فِي الْجَنَّةِ وَطَلْحَةُ فِي الْجَنَّةِ وَالزُّبَيْرُ فِي الْجَنَّةِ
وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ فِي الْجَنَّةِ وَسَعْدٌ فِي الْجَنَّةِ
وَسَعِيدٌ فِي الْجَنَّةِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ بْنُ الْجَرَّاحِ فِي
الْجَنَّةِ
Mafhumnya: “Sabda
Rasulullah SAW: Abu Bakr di dalam syurga, ‘Umar di dalam syurga,
‘Uthman di dalam syurga, ‘Aliy di dalam syurga, Tolhah di dalam syurga,
al-Zubair di dalam syurga, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf di dalam syurga,
Sa’ad di dalam syurga, Sa’id di dalam syurga dan Abu ‘Ubaidah al-Jarrah
di dalam syurga.” (HR al-Tirmizi)
Berikut, sebahagian para ulama yang menghukum hadis ini sebagai Hasan atau Sahih:
- 1.Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani di dalam Takhrij Misykah al-Masabih 5/436.
- 2.Al-Suyuthi di dalam al-Jami’ al-Saghir, bil: 73.
- 3.Ahmad Syakir di dalam Musnad Ahmad. 3/136.
- 4.Al-Albani di dalam Takhrij Misykah al-Masabih. Bil: 6064. Dan ramai lagi selain mereka.
Perlu
diperingatkan juga bahawa selain 10 orang sahabat ini terdapat pula
sahabat lain yang dijamin syurga oleh Nabi SAW seperti Khadijah binti
Khuwailid, ‘Abdullah bin Salam, ‘Ukkasyah bin Mihsan dan lain-lain lagi.
Namun 10 orang sahabat tersebut lebih dikenali sebagai al-‘Asyarah al-Mubassyirin bi al-Jannah
(10 orang yang diberikan berita gembira dengan syurga) kerana nama
mereka disebut dalam satu hadis. Ia tidak menafikan para sahabat lain
juga merupakan Ahli Syurga.
Wallahu a’lam.
http://mufti.perlis.gov.my/soal-jawab/313-hadis-10-sahabat-dijamin-syurga
Labels:
Ad-DIN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nuffnang
Kata Hikmah Untuk Kali Ini
Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."
Feedjit
Popular Posts
-
Kisah ni di petik dari wall seorang rakan facebook saya : Abdullah Bin AbdulRahman Kisah ini saya dapat dari rakan universiti, dialog ant...
-
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepul...
-
Ramai yang beranggapan, Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat . Namun sebenar-benarnya Azazi...
-
apa pendapat korang dengan gambar di atas.. adakah korang setuju dengan persamaan mereka...??? hahahahahahaha.....
-
GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX) Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam. Jam 3.30 petang saya berada di T...
-
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak,...
-
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali...
-
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGI...
-
hehehhee... sukenyerrr....sukenyerrr..... mana taknya... bila baca kad raya yang di terima... hilang tension aku.... mesti korang heran dari...
About Me
- Muhammad Afif bin Nordin
- Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah
Followers
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment