Thursday, 28 July 2011
Sabooo aje lahh afif Ooiii...!!!!
7/28/2011 08:10:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Adduuhhh... sakit ati aku betul lagi kali nih.... mana tak nya... aku dok tengah tengok cerita Kamen Rider W Return-Accel... dengan seronok n khusyuknya... (sampai boleh terbayang lagi aku ada power macam tuh...) tetiba ja ada orang ketuk pintu umah... aku pon apa lagi.. terpaksa lah mengpausekan cerita tuh.... aku pon apa lagi pakai seluar ... terus p buka pintu... (aaiikk...!!! jgn pikir aku xpakai seluar plak dalam umah... !!aku pakai lah.. cuma pakai seluar pendek ja...) huhuhhu....xkan nak sambut tetamu dengan seluar pendek(boxer)... xsedap lah... mata memandangkan... huhuhu....
Aku: Jap2...
Tetamu: (tok..tok..) Helo....
Aku: Jap....!! Jap....!! (dok tengah pakai seluar...)-nada tinggi sebab xsabaQ.... dalam ati aku...kalau bukan kes kecemasan betul.. memang aku sumpah rr... hahhahaha... huhuhhu.....
Pastuh... kau pon p lah bukak pintu tuh...
Aku: Kenapa ya..??
Tetamu: Ada budak sakit...
Aku: Owhhh... ok.. tunggu sana dulu.. nanti saya pergi...
pastuh aku pon masuk balik umah.. tutup lampu n kipas... (xnak membazir..) dan terus p klinik... klinik dekat ja.. dalam 20-30 langkah... sampai lahh.. hehehhehe....
aku bukak klinik pastuh soh dia n anak dia yang sakit tunggu dalam bilik kecemasan... mula2 anak dia nangis2..dari luar lagi... pastuh masuk klinik ja.. anak dia diam...mak dia pujuk lahh... pastuh aku tanya "kenapa...??" korang nak tau tak apa mak dia jawab...??? jawapan yang betul2 terkejut kan aku... jawapan yang betul2 buat aku cemas...jadi cepu cemas....!!!?? huhhuh... mak dia jawab...
"dia ni nangis dari dati lagi.. dari pukul 4 tidak berhenti... "
????!!!!...
tercengang aku... xkan xberhenti2...mungkin maksud dia ada jugak berhenti tapi sebentar2... aku paham... tapi kalau dia menangis dari tadi sampai sekarang (7.40 pm) mesti air mata dia dah kering.. tapi aku tengok dia menangis tadik air mata mengalir laju ja...
xpa lah.. dah dia datang.. so aku kenalah laksanakan tanggungjawab aku... aku pon check lah macam biasa... nak check suhu ja... ada lagi dugaan.....!!!
addeyyhh......!!!
aku nak check suhu anak dia kalih sana...kalih sini... teriak sana.. teriak sini... xdapat nak check suhu... sampai termuntah anak dia...xpa lah.. pastuh aku pon keluar amik stetoscope nak check lung dia... tetiba ja dia bagi anak dia kat pak dia.. senyap plakk... siap pak dia nak bawa keluaq dari klinik lagi...aku pon cakap lah.. "
aik... kalau keluaq cam mana saya nak check.. soh bawa masuk dalam balik..." kata kau kat mama dia...
aku check lung.... ok ja.. xdak apa.. air entry equal, no rhonchi, no crept...
aku pon cakap lah kat mak dia... mak dia kenalah pujuk... budak menangis nih kadang2 dua sebab ja... sakit atau lapar... ibu bapa kenalah pandai pujuk.. pujuk guna mainan ka... bermain dengan dia ka... dia siap senyum2 lagik.. aku ingatkan kot lah nak sedih ka.. anak dia dok nangis2 tapi xdak apa sakit....( mungkin dia segan kot..) xpa lah... +ve thinking.... pastuh aku discharge dengan Syr PCM ja lah... nak bagi ubat apa algi... hhuhuhu... aku cuma cakap.. kalau sakit atau demam panas.. baru bawa mai.. kalau nangis xsakit apa2.. ibu bapa kenalah pandai pujuk....!!!
betul2 menggugat kesabaran aku betoi lahh...!!!
Sabooo aje lahh afif Ooiii...!!!!
MENGENALI JENIS-JENIS LELAKI
7/28/2011 05:20:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Lelaki adalah golongan yang sukar untuk diselami hati dan perasaannya. Sebenarnya lelaki boleh digolongkan dalam beberapa kumpulan antaranya lelaki manja, lelaki macho, lelaki aktif, berjiwa seni dan lelaki sensitif.
Bagi wanita, penting untuk anda mengetahui jenia apakah kekasih anda. Susah sebenarnya hendak menjaga hati kaum yang dianggap gagah ini. Apatah lagi memikirkan apakah hadiah sesuai untuk lelaki kesayangan mereka. Apa kata kita selidiki jenis-jenis lelaki.
LELAKI MANJA
-Jangan terkejut kalau ada lelaki yang suka teddy bear. Terutamanya yang manja dan berjiwa sensitif. Bagi mereka memeluk teddy bear terutamanya yang bersaiz besar boleh diumpamakan seperti memeluk si buah hati. Paling kurang pun patung tweetie.
-Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
-Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.
-Ada juga yang gemarkan barangan seperti gemarkan pakaian (seluar, t-shirt dan lain-lain)
-Kadang-kadang, lelaki jenis ini sukakan pemberian berupa CD lagu-lagu romantik contohnya nyanyian dari Celine Dion (Because You Loved Me)
-Perfume juga antara berangan yang paling disukai oleh lelaki jenis manja. Haruman yang semerbak boleh membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan.
-Kad-kad muzikal yang berbaur cinta mampu membangkitkan nostalgia walaupun tanpa diiringi oleh hadiah yang berharga. Itu sudah cukup memadai asalkan pemberian itu benar-benar ikhlas.
LELAKI MACHO
-Lelaki macho pula sukakan pemberian yang berunsurkan kejantanan seperti jaket kulit, tempat abu rokok, tali pinggan kulit, memetik api, helmet, beg sandang dan lain-lain.
-Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.
-Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
-Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!
-Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya. Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.
-Bagi lelaki yang suka menunggang motosikal berkuasa tinggi, hadiahkan mereka helmet berjenama Harley Davidson tentu mereka suka.
-Ataupun hadiahkannya pemetik api yang berjenama.
-Bagi anda yang berkemampuan bolehlah hadiahkannya telefon bimbit selepas itu suruh mereka telefok kamu setiap malam atau….morning call!
-Sesakali carikannya model kapal terbang atau jet pejuang jenis B2 S117 Stealth fighter, S118 Hirnet, S14 Tomcat, helikppter longbow Apache dan sebagainya. Bagaimana pula dengan kaca mata hitam? Tentu anda akan nampak lebih macho dengan cermin mata jenama Ray Ban…itupun jika mampu.
LELAKI BERJIWA SENI
-Mereka ini lebih sesuai jika diberi kotak muzik yang mempunyai instrumental yang lembut.
-Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
-Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
-Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.
-Kaset atau CD yang mengandungi aluan irama yang lembut dan menhasyikkan. Terutamanya macam lagu cinta ataupun hanya muzik ombak sahaja.
-Lagu-lagu yang diilhamkan oleh pemuzik Jepun Kitaro juga mampu membuatklan sidia terasa tenang dan ingat pada kamu.
-Rasanya….hadiah berupa sehelai sapu tangan dan sekeping foto sudah cukup memadai untuk hadiah lelaki seperti ini.
-Tunjukkan lagu dan ucapan melalui rangkaian radio. Ini membuatkan jiwa lelaki ini semakin romantis.
-Lelaki yang berjiwa seni ini ada kalanya begitu sensitif dengan apa yang diluahkan, jadi apa kata sesekali berikan ungkapan I LOVE YOU sebagai hadiah iringan dihari-hari tertentu.
LELAKI AKTIF
-Lelaki seperti ini lebih gemar brang-barang seperti dompet, tali pinggang, kasut sukan dan barangan sukan.
-Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
-Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
-Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
-Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
-walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.
-Topi juga sesuai untuk mereka yang aktif bersukan.
-Jam tangan berjenama juga pemeberian yang sesuai untuk mereka yang aktif bersukan. Waktu itu semas! Sekurang-kurangnya akan melihat jam itu setiap kali ada temu janji.
-Pil vitamin sesuai untuk menambahkan stamina badan.
-Seluar sukan berjenama terkenal huga antara barangan yang mereka suka.
-walkman juga antara hadiah sesuai untuk mereka jenis ini.
LELAKI SENSITIF
Opss!! Susah juga lelaki yang berjiwa sensitif begitu halus perasaannya. Baginya setiap pemberian yang diberikan itu mempunyai maksud yang tersirat.
-Hadiahkan lelaki sebuah diari. Lelaki biasanya suka menulis dan akan meluahkan perasaannya iyu didalam diari tersebut.
-Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
-Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
-Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca.
-Lelaki jenis ini lebih kuarang sama dengan lelaki jenis berjiwa seni dan manja. Pemberikan berupa CD dan kad ucapan juga adalah antara pemberian ung sesuai.
-Berikan mereka madah-madah cinta untuk membangkitkan rasa sayang yang berpanjangan..Isya-Allah boleh berkekalan ke anak cucu.
-Bagilah buku..supaya mereka boleh mengisi masa lapangya dengan membaca.
kredit to rileks.info
10 PESANAN IMAM SHAFIE YANG PERLU DIIKUTI
7/28/2011 05:15:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:
· Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.
· Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH
· Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.
· Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.
· Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.
· Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.
· Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.
· Hak kpd Ridhzuan(malaiakt penjaga syurga): merasa redha kpd qadha’ ALLAH, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat ALLAH dan bertaubat dr melakukan maksiat.
· Hak kpd Nabi MUhd SAW: berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kpd al sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dlm mencari kelebihan dari ALLAH.
· Hak kpd ALLAH s.w.t: mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.
Semangat Harimau Malaya...!!!
7/28/2011 03:40:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Motivasi terbesar buat skuad pasukan Harimau Malaya pastinya datang daripada sorakan puluhan ribu penyokong yang bakal membajiri stadium pada esok malam. Pasukan Singapura wajar untuk berasa gentar
kerana kesemua tiket perlawanan telah pun habis dijual menjelang perlawanan bersejarah esok.
Walaupun berbekalkan kelebihan 2 gol defisit, Singapura sebenarnya pasti berada dalam keadaan tertekan sepanjang 90 minit di Bukit Jalil hari ini memandangkan mereka bukan sahaja akan berdepan dengan skuad Harimau Malaya yang sangat laparkan kejayaan untuk mencatat sejarah bola sepak negara dengan melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam misi untuk layak ke World Cup 2014 di Brazil, TETAPI yang pasti, seramai 85,000 penyokong Harimau Malaya akan menjadi igauan dan mimpi ngeri buat skuad dari seberang itu. Apa yang lebih menggerunkan pasukan Singa pastinya rekod tanpa kalah pasukan negara di Stadium Nasional Bukit Jalil sepanjang di bawah kendalian Dato' Rajagopal.
Walaupun tanpa kelibat kapten, yang juga pakar free kick tacker Safiq Rahim, Malaysia seharusnya tidak berdepan masalah untuk mencari kemenangan minimum 2-0 untuk terus berada dalam landasan mencari tiket ke Brazil 2014 nanti JIKA dan hanya JIKA pasukan negara dapat bertahan dengan penuh disiplin sebagai satu unit. Penyerang sensasi negara, pastinya akan menjadi tumpuan selepas berjaya meledak 2 gol dalam perlawanan pusingan pertama di Singapura
Malam ni malam buat kita semua...sesekali terlalu hormat lawan, lupa bisa dan taringnya...sudah mencakar, terus saja membaham, isi dan tulang jadi santapan...lawan terus melawan....
Tuesday, 26 July 2011
Syiling Terbaru Malaysia
7/26/2011 05:16:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
RekaBentuk Duit Syiling
- Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.
- Motif bagi setiap denominasiadalah seperti yang berikut:
Denominasi Ikon50 sen Sulur Kacang 20 sen Bunga Melur 10 sen Orang Asli Motif 5 sen Destar Siga
- Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Monday, 25 July 2011
Apa Pendapat Ampa..??
7/25/2011 07:36:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Apa pendapat ampa semua tentang gambar ini... ini lah perubahan yang ketara pada zaman sekarang... di mana ibu bapa terlalu memanjakan anak2 mereka.. bukan tidak boleh manja.. tetapi berpada2 lah...
Soklan2 Yang Melucukan aku...
7/25/2011 06:29:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
sepanjang aku kerja kat sini… bermacam2 soklan yang melucahkan aku...silap... yang meLUCUkan aku... macam2 pengalaman yang aku dah dapat….lucu ada… geram pon ada jugak… hahahhaha… korang nak tau ka apa yang melucukan aku… heheheheh…. aku rasa korang pon akan gelak ketawa jugak… hikhikhik….. nak pecah perut aku di buatnya….sampai terkentut pon ada… hahahahhaha…wakakakkaka….
Situasi 1:
ada seorang innai nih… (mak cik) bahasa rungus panggil innai… umur dah 70 lebih lah… dia datang dengan cucu dia… lawa jugak lah cucu dia tuh… (hahahaha.. itu yang aku tgk nuu…) ok2.. itu bukan yang lawak pon… pastuh dia bagitau lah yang dia nih sakit nu sakit ni…. dalam bahasa rungus.. aku paham sket2 ja.. yang simple2 je lahh… hihihihi.. pastuh…tetiba ja cucu dia gelak geli ati… aku pon tanya lah kenapa.. dia bagitau nenek dia mintak minyak urut…. hahahaha… aku pon gelak lah.. sampai habis satu klinik dengar mana tak nya.. dalam kepala aku dok pikir minyak urut kayu merah lah… kayu putih lah… hahahahahha… mana lah tahu kot2 dia mintak minyak itu ka… hahahahahhaha…. wakakkakakakaka……lucu kann….??
Situasi 2:
Ada seorang perempuan nih…dia bawa anak dia… anak dia sumangkit… (ini bahasa rungus jugak…maksudnya sakit) sekurang2 nya AWAK tahu sket2 bahasa rungus nih… belajaq dari jauh lah katakan… hiihihih….ok…kita kembali kepada tadik…sini xdak kelas bahasa rungus nih.. huhuhuhu… dia bagitau anak dia demam panas… umur anak dia 7/12…ok lah.. T: 39.5 °C….. aku pon bagi lah supp PCM 125mg stat… pastuh dia bagitau plakk yang anak dia.. anak yang sama… umur 7/12…dia bagitau anak dia pening kepala… aik… ?????!!!?? aku pon terkejut lah.. macam mana ank dia yang berusia 7/12 tuh boleh bagitau yang sakit kepala… hahahhahaha.. aku gelak lah dalam ati… hahhahaha.. aku cakap lah.. uishh… tau mana anak penin kepala… dia boleh bagitau ka..??? hahhahha.. Direct aku bagi… straight to the point… hahhahaha
Situasi 3:
ada jugak seorang pompuan nih.. umor bapa ntah… ada anak dah…. dia bagitau lah yang dia penin2…. ada batuk2… xpa lah.. kau pon layan je lah.. lkukam pemeriksaaan macam biasa.. pastuh tulis ubat macam biasa… pastuh aku tanya lah..” ada sakit apa lagi?” dia bagitau “kenapa ya Doc, aku kadang2 bila bangun pagi2, aku rasa lapar…?’… hahahahhahaha… aku terus gelak… depan2 aku gelak… tapi aku cakap lah.. ” kalau lapar, ubat dia makan lah…” tapi dengan nada yang lawak lah.. bukan nada untuk kenakan dia… huhhuhuhu….kalau korang kena tanya macam tuh… korang nak jawab apa…??? hahahahhaa… lucu gila…
Nora Elena
7/25/2011 06:28:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Statistik rasmi daripada laman Tonton, Nora Elena menerima sekitar 1.3 juta viewers sepanjang 24 episod penayangannya di web tersebut. Menurut sumber dalaman, statistik tersebut merupakan rekod baru buat laman Tonton. Terbaik rr…!!
Sudah jelas lagi nyata, fenomena Nora Elena lakonan Aaron Aziz & Siti Saleha tidak dapat disangkalkan lagi. Sehingga hari ini, rata-rata peminat Nora Elena inginkan kesinambungan musim kedua. Tetapi, semuanya bergantung kepada pihak Tv3. Saya berpendapat, peminat hari ini lebih mengemari drama-drama yang diadaptasi daripada novel, ada personal touch.
Saya tergelak membaca surat bantahan peminat yang dihantar kepada wakil TV3 mengenai drama Nora Elena. Nowa, Pengerusi Ibu-Ibu Menyusu Badan membantah penyiaran Nora Elena atas sebab-sebab tertentu. Ikuti surat bantahan penuh emosi selepas ini. Memang terbaek habis penulisannya!
Nowa
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya
Kakitangan Kerajaan,
Putrajaya
TV3
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Sri Pentas,
No 3, Persiaran Bandar Utama
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tuan,
Per : Bantahan Terhadap Penyiaran Drama Bersiri Nora Elena
Adalah dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan drama bersiri Nora Elena adalah berkaitan.
2. Dimaklumkan, bahawa saya, Nowa dengan ini membantah penyiaran drama bersiri Nora Elena yang disiarkan setiap hari, jam 7 petang di saluran tuan. Antara sebab sebab pembantahan saya adalah seperti berikut.
i) Membuatkan jiwa isteri isteri terganggu.
Mana ada suami gitu sabo dalam dunia ini? Logik tak bila Nora tanya Seth, asal Seth tak penah dengan apa saja perbuatan Nora? Seth jawab, sebab Seth terlalu sayangkan Nora. Jadi kesimpulan, isteri-isteri mula curiga dengan suami mereka yang sepanjang masa marah marah. Ni laki aku sayang ke tak ni?
ii) Jiwa jiwa suami juga turut terganggu.
Ini kerana, apa bila tiba scene scene romantik dan tidak dapat diterima akal, seperti Nora terpeleot, Seth siap dukung bawak g sofa, tingkat bawah..(gila gagah..aritu aku nak branak, laki aku gendeng henbek aku, beg kain aku, pastu tunggu aku kat grill depan umah, aku la terkedek-kedek jalan sendiri..pastu pegang lengan aku je tau..bila suh dukung macam biasa drama atau filem buat, laki ckp, “ah gile mung, patoh pinggang!” Pastu sampai sepital, lari lari amik wilca..kalu dukung macam drama melayu kan bagus??)
Oh pasal part romantik tu, biasanya isteri akan menjeling kepada suami, disertai dengan kata kata sinis, “dedi mung ni masa dulu geletak nok ke mami, masa mami begetoh je belanar beli bunga, minyok wangi, cekelat bagai..leni doh dapat mami doh haghammmmmm!!! asal besday ke anniversary ke, pakai tektik, hadiah ai pada yu adalah sebuah cinta yang murni dan ikhlas”….itu je?? harharharharam!!
Paling koman, selepas jelingan tajam, cubitan kental di lemak perut pasti akan singgah di bahagian perut suami. Jadi, sebagai lelaki melayu, suami, mereka juga merasa hangat dengan penyiaran drama bersiri ini.
Kebiasaan jugak, malam malam yang sepatutnya diisi dengan aktiviti sukan berair akan berlalu begitu saja, pabila sang isteri makan hati, lelaki melayu dalam drama lagi romantik dari laki sendiri. Saje saje wat merajuk, ingatkan si laki pujuk cam si Seth pujuk Nora, tapi tak tau laki sendiri penat, dah, amik kau, sampai ke pagi tak dapat apa apa..laki tak pujuk satu hal, laki horny dibuat bini gitu pun satu hal..Sian Johnny!
iii) Memberi harapan pelesu kepada gadis gadis yang belum menikah.
Apabila pengaruh Seth Tan mula menular, maka ramai gadis gadis mencari pasangan hidup yang romantik nak mampus macam Seth Tan. Selepas menonton siri itu juga, kajian secara rambang mendapati kebanyakan dahi gadis gadis lebam. Ini adalah berikutan dengan tabiat sebelum tido mereka yang gemar meletakkan belakang tapak tangan ke dahi sebelum tido sambil berangankan lelaki seromantik Seth Tan, walau sebenarnya, Non Ada lelaki MELAYU seromantik itu. Yang romantik cumalah, lelaki Bangladesh, lelaki Lombok, dan Shahrukh Khan sahaja.
iv) Pasangan-pasangan bercinta kerap bergaduh.
Sang aweks memaksa jejaka untuk kerap membelikan bunga. Sedangkan boipren tu keja Kerani je kat Kementerian Kewangan. Gaji pun RM1500 jek. Kau gile sekuntum bunga brape hengget?? Kalu nak 3 kuntum sebulan, takpe jugak. Ni nak 21 roses everiday??
Kau gile, ko nak mamoh kelopak bunga ke? Kau ingat kau cantik macam Nora Elena nak demand-demand? cess
v) Tak logik punya citer..
Brape lama kawen baru bole ‘bersama’?? Ada ke lelaki sesabar Seth tu.. Ok, takde ke tunjuk scene Seth ‘tumbuk sambal’?? eh, kalu betol ada lelaki tak penah sentuh isteri, kira mesti dia ‘tumbuk sambal’ kan? hahahha…takut awak sakit belakang konon..padahal ajak tido skali..mood cameron suda mari..eh, tetiba teringat Jay….kahkahkahakha
vi ) kari hangus, nasik hangit.
Duk sibuk berkejar dari dapur ke hall, pastu ke dapur semula, pastu part ehem ehem, part ada pelangi, dah teralit, tengok sambil berangan, jeling laki, dah lupa kari kat dapur..hangit gitu je..
vii) Mengganggu tumbesaran anak kecil.
Pabila seorang isteri, terpengaruh dengan apa yang dilihat di kaca telebisi, nak perli secara derek kepada laki sendiri takut kena penampo, jadi, anak kecil dijadikan medium untuk menyampaikan isi hati
“tengok tu Alya, dulu dedi mung semart gitu ah, nok g dating siap bukak pintu bagai sume? leni? mami terkedek kedek bawok barang dia hon siap siap doh”
“owoh Alya ork? napok ngat nipu..mana ada orang kawen doh romantik gitu ork??”
Kesian la budak kecit tu terkebil kebil tak tau ape mak dia bebelkan.
3. Sekian dimajukan untuk pertimbangan dan kelulusan pihak tuan. Dan semoga dengan ini, tiada lagi kekeliruan dan kecelaruan minda penonton penonton lagi. Mana ada lelaki romantik gitu dalam dunia..kalu ada pun sebelum kawen, lepas kawen, bagi setahun, atau dah dapat anak sorang, jadi kayu la semuanya..Jadi, dimohon pihak tuan agar tidak mempermainkan perasaan kami, dan memberi harapan pelesu kepada gadis-gadis diluar sana.
Sekian,
“BERPIJAK DIDUNIA NYATA ADALAH TUNGGAK KEHIDUPAN BAHAGIA”
( NOWA)
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.
Pengerusi,
Kelab Ibu-Ibu Menyusu Badan
Putrajaya.
Lucu tak… ketawa aku sorang2 bila membacanya… habis heran staff2 aku kat klinik… hahahhaha… tapi apa pon.. bagi aku.. ia perlu di jadikan contoh… semua yang berlaku ada baik n buruk…so, kita kenalah pandai menilai.. memang lah xdak laki yang beli bunga semua jenis… ta[i ikut kemampuan kita lah.. orang pompuan nih xmintak banyak2.. melainkan kalau yang memang gila duitan… dia cuma nak kan perhatian je dari seorang laki2.. walaupon aku laki tapi bukan pompuan… aku dapat memahami apa yang pompuan nak… bukan sebab aku separuh laki atau separuh pompuan.. sebab aku banyak kawan2 pompuan n banyak bertanya mengenai wanita….
hahaha… pa pon memang enjoy habis r cita nih.. kalau aku kaya, aku pon Insya-Allah akan buat macam tuh jugak kat bini aku… hehehehhee……
Gaji bagi Penjawat Awam 2011
7/25/2011 06:27:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Ha.. inilah yang di tunggu2 oleh semua pekerja sama ada swasta atau kerajaan… tapi jadual di atas ni.. untuk penjawat awam sahaja atau kalau ada swasta yang ikut sama… tapi mungkin ada pertukaran itu… aku xtahu lah…kena tanya Kerajaan lah… xpon tanya PM, Najib…sebab dia yang pegang kewangan… hahahahha….
Subscribe to:
Posts (Atom)
Nuffnang
Kata Hikmah Untuk Kali Ini
Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."
Feedjit
Popular Posts
-
Kisah ni di petik dari wall seorang rakan facebook saya : Abdullah Bin AbdulRahman Kisah ini saya dapat dari rakan universiti, dialog ant...
-
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepul...
-
Ramai yang beranggapan, Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat . Namun sebenar-benarnya Azazi...
-
apa pendapat korang dengan gambar di atas.. adakah korang setuju dengan persamaan mereka...??? hahahahahahaha.....
-
GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX) Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam. Jam 3.30 petang saya berada di T...
-
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak,...
-
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali...
-
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGI...
-
hehehhee... sukenyerrr....sukenyerrr..... mana taknya... bila baca kad raya yang di terima... hilang tension aku.... mesti korang heran dari...
About Me
- Muhammad Afif bin Nordin
- Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah
Followers
Powered by Blogger.






