Pages

Tuesday, 31 July 2012

postheadericon PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM PERUBATAN


1) Semua jenis suntikan (Intravenous atau Intramuscular) kecuali Parenteral Nutrition (Fluid Therapy)

2) Tablet NITROGLYCERIN dan yang seumpaman dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan oleh pesakit jantung.

3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti VAGINAL SUPPOSITORY, PENCUCIAN (DOUSH), VAGINASCOPE atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (VAGINAL EXAMINATION).

4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan melalui saluran kencing seperti URETHROSCOPE, BARIUM, PENCUCI URETHRA.

5) TAMPAL GIGI atau CUCI GIGI selagi mana ianya tidak ditelan.

6) PENDERMAAN DARAH atau MENERIMA DARAH.

7) BANTUAN OKSIGEN atau GAS PELALI (ANAESTHETIC GASES).

8) SEMUA JENIS KRIM ATAU MINYAK YANG DISAPU PADA KULIT walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit.

9) AMBIL DARAH untuk ujian makmal.
10) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan.

11) Laparoscope yang dimasukkan ke dalam badan dengan tujuan pembedahan.

12) SEMUA JENIS UBAT KUMUR, MOUTH GARGLE atau PENYEMBUR MULUT selagi mana ianya tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

13) UTEROSCOPE atau IUCD (alat pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.

14) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati, atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

15) Ubat asthma (INHALER).

16) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur).

17) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (General Anaesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

18) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui dialisis samada peritoneal atau hemodialysis.

19) Memasukkan GASTROSCOPE ke dalam perut dengan syarat TIADA SEBARANG CECAIR atau apa-apa BAHAN RAWATAN yang disalurkan.

* * * * *

REFERENCES
1) Fiqh Ramadhan, Ikatan Muslim Malaysia
2) Fiqh As Sunnah, Sayyid Sabiq
3) At Taqrirat As Sadidah Fi Al Masail Al Mufidah
4) Ibadah Pesakit Terbitan Perubatan Mesir

Jika masih ada sebarang kemusykilan, eloklah sekiranya ditanyakan pada yang lebih arif.. Selamat menunaikan ibadah puasa untuk pembaca semua.. Jaga diri ya.. Assalamualaikum..
* dari nurfarhanaabdullah.blogspot.com
READ MORE - PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM PERUBATAN
Friday, 27 July 2012

postheadericon Kisah Azazil | Azazil Ketua Malaikat | Azazil Diusir Dari Syurga |

Ramai yang beranggapan,Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat. Namun sebenar-benarnya Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat. Azazil Ketua Malaikat. Berikut ialah Kisah Azazil Diusir dari Syurga kerana sikap takbur.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Al-Kahf [50] Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi ketua malaikatataupun imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikatAzazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah. Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Lagi InfoAwal Penciptaan (II) | Lauh Mahfuzh ] Lagi Kisah: Awal Penciptaan (I) | Qalam | Arasy | Lauh Mahfuzh ]
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Lagi Info: Israfil Peniup Sangkakala | Kita Bertemu Selepas 40 Tahun ] Lagi Kisah: Isrāfīl | إ سرافيل| Yang membakar | Israfel ] Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Selain doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali juga sebagai Sayidul Malaikat alias penghulu para malaikat dan Khazinul Jannah (bendaharawan surga). Semua lapis langit dan para penghuninya, menjuluki Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan meski berbeda-beda. 
  • Pada langit lapis pertama , ia berjuluk Aabid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah
  • Di langit lapis kedua, julukan pada Azazil adalah Raki atau ahli ruku kepada Allah,
  • Di langit lapis ke tiga, ia berjuluk Saajid atau ahli sujud,
  • Di langit ke empat ia dijuluki Khaasyi karena selalu merendah dan takluk kepada Allah,
  • Di langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit Karena ketaatannya kepada Allah,
  • Di langit keenam Gelar Mujtahid, karena ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.
  • Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, karena sederhana dalam menggunakan sarana hidup.

Selama 120 ribu tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelar kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi.
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
Al Baqarah : 30 Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau."
Al Baqarah : 30 Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Al Baqarah : 30 Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Israa [61] Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Dia berkata lagi:
Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
Israa [62] Allah berfirman (kepada iblis):
Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Israa [63] Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelaran dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tidak layak bersujud pada makhluk lain termasuk Adam karena merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi gelar baru baginya Iblis.
"Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takabur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?"
Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya ia malah menantang dan berkata,
"Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."
Mendengar jawaban Azazil yang sombong, Allah berfirman.
"Keluarlah kamu dari surga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".
Azazil alias Iblis, sejak itu tak lagi berhak menghuni surga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
Bibit kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,
"Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."
Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tak menyedari bahwa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, juga boleh menimpa kepada sesiapa saja, termasuk dirinya. Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekat seraya meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya,
"Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan."
Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta yaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah. Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.
" Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."
والله أعلمُ بالـصـواب Wallahu’alam bissawab dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya and Allah knows the right
READ MORE - Kisah Azazil | Azazil Ketua Malaikat | Azazil Diusir Dari Syurga |
Saturday, 21 July 2012

postheadericon Pemimpin yang ku Kenali

kali ni aku nak cerita sket  mengenai pemimpin tanah air yg aku kenali dan kagumi (dari Persepsi aku lah...) kalau dari persepsi korang.. ikut suka korang lah...  kalau xsetuju... tulis atas blog sendiri ekk..

mereka ini bukan di kenali melaui perkenalan atau bertepuk bahu... tetapi melalui media massa dan cetak... melalui ceramah-ceramah mereka... cerita ini tidak bergantung dengan POLITIK...

Antara pemimpin2 itu adalah:

1. Tok Guru Nik Aziz b Nik Mat (Mursyidul Am PAS)


Salah sorang tokoh Malaysia yang paling aku kagumi dan hormati... dengan kewarakannya... zuhudnya... walaupon ada juga spekulasi mengenai beliau yang timbul.. tetapi tidak menjatuhkan beliau.... beliau terus tabah dalam mendidik dan memimpin...  

"Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan beliau, keluarga beliau dan zuriat beliau...."




2. Tun Dr. Mahathir (Mantan PM)

Beliau juga antara yang aku kagumi... dengan pemikiran beliau... ketegasan beliau.. dan juga keberanian beliau.. memang aku respek... serius.. susah mau jumpa pemikiran seperti beliau... walaupon kadang2 beliau kurang sket dengan ISLAMIK.. tapi sekurang2nya beliau berjaya membawa kemajuan kepada negara... kerana memimpin negara adalah amanah yang besar.. jarang aku dengar kes dia RASUAH ka.. apa ka... memang antara pemimpin yang BERSIH  rasuah...

"Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan beliau, keluarga beliau dan zuriat beliau...."



3. Dato Seri Anwar Ibrahim ( Ketua Pembangkang-2012)


Ha... yang nih aku aku benar2 kagumi jugak.. mana taknya... suara beliau memang lantang... berani... brilliant (betul ka aku eja..hantam saja lah...) fuhh... sekarang memang hangat lah dengan kehadiran beliau... beliau jadi TPM waktu 1998 tuh... xsilap aku.. agak muda lah... memang aku respect lah Dato Seri Anwar Ibrahim...

"Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan beliau, keluarga beliau dan zuriat beliau...."



4. Ust. Haji Abd. Hadi Awang (Presiden PAS 2012)


Beliau adalah pemimpin yang cukup tegas..terutama dalam politik ISLAM... dan beliau juga jarang di serang kontrovesi oleh parti lain.. ada bukan xdak.. tapi jarang... walaupon beliau kurang menonjol di media masa, namun kewibawaan beliau amat terserlah sebagai Presiden PAS...

"Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan beliau, keluarga beliau dan zuriat beliau...."




5. Dato Seri Najib Tun Abdul Razak

Beliau merupakan PM Malaysia yang ke-6 sekarang (2012)... Beliau telah memperkenalkan gagasan 1Malaysia... di mana banyak bantuan telah di berikan kepada rakyat melalui penubuhan gagasan ini... beliau juga tidak terlepas dari banyak spekulasi..walaubagaimana pon, kepimpinan beliau sedikit sebanyak membawa perubahan kepada ekonomi negara.. 

"Semoga Allah sentiasa menjaga kesihatan beliau, keluarga beliau dan zuriat beliau...."

*errr.. bila lah Dato Seri Najib nak umum PRU-13 ekk... huhuhuhu..




 dan ini adalah antara tokoh pemimpin ulama yang amat2 aku hormati... walaupon aku xsempat untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam kerana ketika itu aku baru saja setahun jagung.. belum cukup arif mengenai politik Malaysia.. walaubagaimanapon, dari ceramah beliau.. penonjolan beliau di arus media.. membuat kan aku betul2 kagumi.. beliau cukup tegas dalam mempertahankan agama Allah... Beliau nerupakan Almarhum Ust Fadzil Mohamad Noor... sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau.. semoga roh beliau di cucuri rahmat dan di tempatkan di golongan orang yang Soleh... Al-Fatihah...
READ MORE - Pemimpin yang ku Kenali
Friday, 13 July 2012

postheadericon Anak Pewaris Zuriat


1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.

2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali

3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita, misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak
READ MORE - Anak Pewaris Zuriat
Wednesday, 11 July 2012

postheadericon Pensil dan Pemadam

Kisah ni di petik dari wall seorang rakan facebook saya : Abdullah Bin AbdulRahman


Kisah ini saya dapat dari rakan universiti, dialog antara pensil dan pemadam diikuti pengajarannya.

Pencil: I'm sorry !
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.

Pencil: I'm sorry because you get hurt because of me.

Whenever I made a mistake, you're always there to erase it.

But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself.

You get smaller and smaller each time.

Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this.

I was made to help you whenever you do something wrong.

Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one,

I'm actually happy with my job.

So please, stop worrying. I hate seeing you sad.

__________________________________________________

I found this conversation between the pencil and the eraser very inspirational.

Parents are like the eraser whereas their children are the pencil.

They're always there for their children, cleaning up their mistakes.

Sometimes along the way, they get hurt, and become smaller / older, and eventually pass on.

Though their children will eventually find someone new (spouse),

but parents are still happy with what they do for their children,

and will always hate seeing their precious ones worrying, or sad.

All my life, I've been the pencil.

And it pains me to see the eraser that is my parents getting smaller and smaller each day.

For I know that one day,

all that I'm left with would be eraser shavings and memories of what I used to have.

____________
We never know the love of our parents for us until we have became parents

Zaharuddin.net



READ MORE - Pensil dan Pemadam

Nuffnang

Kata Hikmah Untuk Kali Ini

Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."

Popular Posts

About Me

Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah

Followers

Powered by Blogger.

Pautan

.: sYok.Org :
Share