Pages

Sunday, 25 September 2011

postheadericon SITAI - Kamera & Bapak


SITAI - Kamera & Bapak from CandidSyndrome Film on Vimeo.

SITAI adalah satu nama watak yang membawa pelbagai perlambangan tentang jatidiri dan juga kekeluargaan. Satu watak yang dicipta dan dilakonkan dengan mengambil kira cerita adaptasi sebenar yang berlaku dan pernah berlaku dari individu-individu yang kami kenali. Ini merupakan filem pendek kedua kami selepas "Surat Seorang Ibu" yang membawa mesej kekeluargaan. Surat Seorang Ibu telahpun ditonton diseluruh dunia. Terkini telahpun ditayangkan sebagai satu titipan moral di West Michigan University, USA.

Uniknya tentang siri Sitai yang bermula dengan klip ini ialah ia dilakonkan 100% menggunakan pelakon tidak professional. Adik Wan Shohor Bani Haikal ini merupakan salah seorang murid di Sekolah Kebangsaan Kampung Geliga, Chukai Terengganu. Kami percaya, pengarahan yang baik dapat mencungkil keluar bakat baru yang terpendam. Begitu juga dengan kos produksi kami yang sangat rendah melalui sokongan peminat-peminat CandidSyndrome yang menjadi hos kami speanjang pengambaran selama 2 hari di Chukai. 

Sitai bukan satu individu, tetapi satu ikon watak yang akan kami ulangpakai dengan cerita lain yang dipetik dari pelbagai sumber benar. Kesinambungan cerita Sitai dari isu sulong ini dengan isu kedua nanti hampir tiada ataupun mungkin kami masih mengekalkannya lagi. 

Saksikan filem pendek terbitan CandidSyndrome ini, karya sulong arahan Omaw Rozduan dan cerita ditulis sendiri oleh Saiful Nang. Saksikannya, dan kongsikannya kepada mereka yang hampir putus asa atau merancang untuk berputus asa

CS Film
inquiry@candidsyndrome.com
READ MORE - SITAI - Kamera & Bapak
Saturday, 17 September 2011

postheadericon Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian



Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.

Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.

Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.





وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ
Tiap-tiap umat mempunyai batas waktu; maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaat pun dan tidak dapat (pula) memajukannya.” (QS. Al A’raf: 34)
** Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Saling berpesan2lah sesama kita.



Sama-sama lah kita mengingati MATI.... supaya kita tidak lalai dan leka.. untuk di kongsi bersama... sebagai tazkirah di pagi ari ini...
READ MORE - Tanda 100 Hari Sebelum Hari Kematian
Friday, 16 September 2011

postheadericon tak Sempat nak Mamam..........!!

lapor nya perut aku... dah la tadik berbuka dengan sebijik kurma ja...tu pon terlewat 10 minit... sebab ada budak terkena air panas kat belakang dia... apa lagi... jadi kek lah budak tuh... hahahahhaha.... pastuh aku refer lah... tapi dia nak p sendiri... Alhamdulillah.... hakhakhak.. jahatnya aku... pikir lap0 ja.... hahahhaha....

Pastuh.. bila balik nak makan... tengok2 nasi dah bangas (basi)..... sebab nasi tuh yg semalamnya... hahahahhaha... punya malaiH nak masak... alih2.. aku pon masak lah balik nasi tuh...sementara tunggu nasi masak.. aku ratah la ikan dulu.. lapaQ punya pasai....

Dalam dok ratah sambil menonton movie.. ada plakk org panggil.. nasik dah MASAK...!!! aaaaaaaaaaaaaa.... xpa lah.. demi tanggungjawab... abaikan lapaQ aku dulu... baik tak aku... itu pon ada jugak org kata kita buat kerja xbetul lah.. bukan boleh percaya lah.. MA jerrr.... depa xtau pengorbanan yang kami lakukan.... amb0i... EMO nampak... saja lah.... sekali sekala....

rupa2nya...budak jatuh... terkoyak rabak telinga dia... apa lagi.. jahit lah... sebelum nak jahit tuh ... aku tengok dulu... nahh... rawan dia terputus... erm.. aku pon tipon b0s... dia kata jahit ja...aku pon jahit lah... sebelum nak jahit tuh, budak tadi punya lah menangis... meraung2... meronta... dari aku nak bagi bius tadi... nah...!! ambik kau...!! penangan jarum tanpa bius.... aku jahit budak tuh TANPA BIUS...... kalau aku bius pon sama ja... meronta2 jugak... kena pegang jugak... s0... lebih baik tanpa bius... sat ja....

baru ja nak balik... ada lagi plakkk... mai sakit perut... gastrik katanya.... erm.. xpa lah... abaikan lapar kau lagi AFIF oooii..... demi kerjaya dan tanggungjawab... la nih sementara dok tunggu kesan ubat tuh.. aku menaip lah dulu... hehehhe... lepas habis nih.. aku nak p makan lahh.....LAPAQ sangat2 dah.. nanti bangas plakk nasik aku yg baru masak tuh... hakhakhak....
READ MORE - tak Sempat nak Mamam..........!!

postheadericon sarung jantan

R: afif...!! kau mau ka sarung jantan....??

A: sarung jantan....??? 

dalam kepala aku penuh dengan persoalan.... sarung jantan... apa kah itu...?? xkan sarung untuk buat bungkus cempedak atau nangka...?? aku tau lah kat kuarters aku ada sebatang pokok nangka yang sedang berbuah.. tapi untuk apa kalau aku beli....



Kemudian.. tetiba otak aku berpusing ke arah lain pulak... sarung jantan... apakah itu....?? dengan secara pantas... sel2 nueron otak aku terus memikirkannya... sambil ketawa lucu keseorangan... takkan benda itu... buat apa aku nak beli benda itu.. lagi plakk .. aku masih single... aku bukannya nak melakukannya.... xsedaplah kalau pakai benda tu lah.. (hahahahhahahahahah.... :-P) gelak nakal..... kau tau apa aku pikir... aku pikir CONDOM... iyer lah... kan kena sarung sebelum pakai... untuk lelaki plakk tuh.. mana ada org pompuan pakai benda tuh... lagi plakkk... lelaki = jantan... sebab tuh aku ter pikir kan condom... huhhuu...



ehh.. bukan2... kalau nak buat apa aku beli... klinik punya kan ada.. aku minta sahaja ... hahahhaa... tetapi sekali lagi otak aku ligat berpusing... sarung jantan... apakah itu...??  aku terdiam seketika memikirkannya apakah itu sarung jantan....

R: aaaaaaa..... kain sarung untuk lelaki... 
(sambil menunjukkan gaya cara memakainya....)



A: o0oo0o0... kain pelikat....???

R: A'a.... kain pelikat....

Baru aku tahu... kain pelikat rupanya... hehehehehheheeh.... macam2 otak aku berpikir... nasib baik aku tak cakap satu2 yg aku pikirkan kat depa... ye lah.. aku bukan nira... kadang2 terus je cakap.. huhhuhuhhu... Rupa-rupanya,kain pelikat di panggil sarung jantan kat Sabah nih... 

warna yang diorang bagi tunjuk tuh macam warna kiri...

Pastuh.. aku pon p lah tengok kot2 ada yang berkenan ka... tengok2 ada 3 helai saja... tu pon semua warna coklat muda... aaaaahh... xnak lah aku ... macam orang tua2 plak... nanti nampak veteran plakk aku.. dah lah org kata janggut + misai aku menampakkan aku TUA 10 TAHUN... kalau pakai kain pelikat tuh... aku rasa tambah lagi 20 TAHUN pa... hakhakhakhak...... aku pon xjadik belilah... 

Konklusinya, lain kali tanya kalau tidak tahu... tapi kau nasib baik jugak aku hanya memikirkan ja... kalau sebut... xdi malu aku di buatnya...


READ MORE - sarung jantan

Nuffnang

Kata Hikmah Untuk Kali Ini

Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."

Popular Posts

About Me

Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah

Followers

Powered by Blogger.

Pautan

.: sYok.Org :
Share