Pages

Wednesday, 29 August 2012

postheadericon KISAH KA'AB BIN MALIK DIHUKUM RASULULLAH

Siapapun dipecat, siapapun dihukum, siapapun dikenakan tindakan serta merta pasti akan mengalami kejutan yang luar biasa. Fitrah manusia lahirnya pasti akan merasa marah bukan kepalang, dibayangi kesumat yang mencengkam apabila menghadapi tindakan sedemikian. Namun, bagi mereka yang jiwanya kental, niatnya berjuang semata-mata kerana Allah dan Rasul, pastilah tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti ditengah jalan, tetapi harus terus konsisten berada di lapangan yang diredhai Allah dan RasulNya.

Itulah Ka'ab bin Malik, biarpun dihukum kerana tidak hadir di medan perang yang tertangguh di Tabuk. Ia bukan menjadi peluang untuk berpaling dari terus berada di dalam nakhoda yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafiqin yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk. Mereka bukan sahaja gagal menyahut seruan Nabi, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya menguzurkan diri. Hal ini dirakamkan di dalam surah at Taubah ayat 81 :


"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."

Orang munafik berkata, "Janganlah berpergian dalam keadaan panas."

Lantaran itu Baginda menjawab, "Api neraka Jahannam lebih panas membakar."

Ketika orang-orang munafik menguzurkan diri dari peperangan tersebut, mereka langsung tidak dikenakan tindakan oleh Rasulullah S.A.W. Tetapi, ketika tiga orang Sahabat Nabi berhadapan dengan Baginda, mereka langsung dikenakan hukuman dari Allah iaitu pemulauan untuk beberapa tempoh yang ditentukanNya. Di antara orang-orang beriman yang tidak menyertai tentera Muslimin ke Tabuk ialah Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.

Murarah bin Rabi' tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad S.A.W kerana hasil tanaman tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.

Manakala Hilal bin Umayyah pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah S.A.W, mengizinkan sebab keuzurannya.

Ka'ab bin Malik pula saat itu sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka'ab telah tertinggal kebelakang dari turut bersama pasukan Rasulullah S.A.W di Tabuk. Hal ini disedari oleh Rasulullah apabila Baginda bertanya kepada Para Sahabat, di mana Ka'ab bin Malik? Menyedari reaksi Rasulullah S.A.W tertanya-tanya, Para Sahabat meminta Ka'ab menemui Baginda sejurus sampai ke Madinah.

"Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?", tanya Rasulullah S.A.W kepada Ka'ab.

Lantas Ka'ab menjawab, "Ya RasulAllah S.A.W, kalau orang lain sudah tentu aku memberikan alasan-alasan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar. Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran."

Kesalahan Ka'ab bin Malik, Murarah bin Rabi' dan Hilal bi Umayyah tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan dengan seruan-seruan supaya tiadanya wala' dalam jamaah, ataupun menubuhkan pasukan lain untuk menyaingi pasukan Rasulullah S.A.W. Lagi pula pertempuran sebenarnya tidak berlaku di Tabuk, bahkan pasukan Rasulullah S.A.W kembali ke Madinah dalam keadaan tidak berperang. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah. Mereka bertiga dipulaukan untuk beberapa tempoh yang ditentukan. Tidak ada seorang pun yang boleh bergaul dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah S.A.W.

Ketika itu dunia yang begitu luas menjadi sempit kepada mereka bertiga akibat hukuman ini. Hal ini lebih membimbangkan lagi jika di antara mereka menemui ajal, pastilah Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengimami solat jenazah mereka. Sebaliknya pula jika Baginda S.A.W wafat, sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas mereka berterusan sehingga ke akhir hayat.

Kekhuatiran itu menyebabkan Ka'ab bin Malik sering memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad S.A.W sambil memberikan salam. Ka'ab menunggu-nunggu jawapan Baginda S.A.W dengan penuh penyesalan dan harapan, namun kerapkali pertemuannya membuahkan kehampaan. Pernah satu ketika Ka'ab memanjat pagar kebun sepupunya, Qatadah. Ka'ab mengucapkan salam kepadanya tetapi tidak berjawab. Lantaran itu Ka'ab menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Ka'ab bertanya, "Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah dan RasulNya?"

Soalan itu diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiga baharulah Qatadah menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui."

Mendengar jawapannya itu Ka'ab menangis lalu meninggalkannya.

Di suatu sudut lain ketika Ka'ab dikenakan pemulauan tersebut, banyak suara yang membelanya, banyak suara empati tentang hukumannya, bahkan ada juga suara yang memujuk dan mengajaknya agar berpaling dari kumpulan Rasulullah S.A.W. Pujukan itu berupa tawaran-tawaran jawatan, jabatan, kedudukan, kemuliaan yang mungkin akan diberikan oleh seorang raja dari Ghassan yang beragama Nasrani dari negeri Syam. Ini kerana kewibawaan yang dimiliki oleh Ka'ab dianggap memiliki daya tarikan yang cukup kuat, pengaruh yang cukup hebat, yang mampu memberikan kepentingan apapun yang diinginkan oleh pihak lain terhadapnya.

Itulah apa yang dialami oleh Ka'ab bin Malik setelah berita pemulauannya sampai ke pengetahuan Raja Ghassan. Raja Ghassan kemudiannya menyerahkan sepucuk surat yang berbunyi, "Kami telah mengetahui penganiayaan yang kamu perolehi dari pemimpinmu (Nabi Muhammad). Allah tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Ada baiknya kamu menyertai kami, dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."

Luar biasa perhatian Raja Ghassan kepada Ka’ab bin Malik. Ketika posisi Ka'ab berada dalam keadaan kritikal kerana dihukum oleh Nabi, seorang Raja yang punya kerajaan, punya harta dan takhta memberikan perhatian khusus kepadanya. Pada saat semua Sahabat tidak peduli kepada Ka'ab, ternyata masih ada orang yang ingin menyapanya, bahkan ia adalah seorang Raja.

Mujurlah yang mendapat surat itu Ka'ab bin Malik, seorang mujahid yang hebat. Beliau bukan orang yang mudah dipujuk rayu. Beliau bukan orang yang mudah diajak melakukan bangkangan terhadap gerakan yang dipimpin Rasulullah S.A.W. Tidak ada ungkapan pembandingan yang keluar dari mulut Ka’ab seperti, "Orang luar pula yang memberikan perhatian kepada nasibku. Sahabat-sahabatku, jiran tetanggaku, orang yang satu jama’ah denganku, langsung tidak peduli dengan diriku".

Tidak ada garis kalimat seperti itu yang tercetus dari mulut Ka’ab bin Malik. Beliau menyedari, surat Raja Ghassan itu adalah ujian berikutnya yang harus dihadapi dengan sepenuh kesedaran dan kefahaman. Adapun matlamat dunia dan akhirat yang diinginkannya adalah keredhaan Allah dan RasulNya. Bukan pengakuan orang, bukan apresiasi Raja Ghassan. Surat Raja Ghassan itu benar-benar merupakan sebuah ujian keikhlasan yang datang tepat pada waktunya, dan Ka’ab mampu melalui ujian ini dengan sempurna.

Ka'ab bin Malik memasukkan surat Raja Ghassan itu ke dalam relung api dan membakarnya. Lalu Ka'ab terus berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W sambil berkata, "Ya RasulAllah S.A.W, hampir-hampir aku tergelincir ke dalam jurang kehinaan yang amat dahsyat, sehinggakan orang-orang kafir menyangka aku akan murtad."

Mendengar keluhan Ka'ab bin Malik itu, Rasulullah S.A.W tetap berdiam, bahkan tidak memberi respon ke atas apa yang berlaku kepada Ka'ab.

Selepas 40 hari pemulauan itu berjalan, dan harapan agar berita berakhirnya masa hukuman ke atas tiga orang Sahabat Nabi segera diutuskan, seorang utusan Nabi Muhammad S.A.W mendatangi Ka'ab dengan membawa satu perintah baharu, iaitu perintah supaya ketiga-tiga orang Sahabat yang dipulau ini berjauhan dengan isteri. Utusan yang datang bukan utusan pengampunan, justeru menambahkan lagi hukuman berikutnya iaitu berpisah tempat tinggal dengan isteri. Hidup dirasakan seperti di dalam penjara, tanpa teman, tanpa anak dan isteri yang menemani.

Lengkap sudah kesunyian ini, ketiga-tiga Sahabat Nabi ini menjalani babak baharu dalam hukumannya. Mereka adalah mujahid sejati, mereka tidak memberontak dan menolak hukuman berikutnya. Kata Ka'ab yang akur dengan arahan ini kepada isterinya, "Pergilah kamu tinggal bersama-sama orang tuamu sehingga Allah menentukan sesuatu hukuman lain bagiku."

Justeru bersantai sahaja di rumah dan tidak bersama-sama kaum Muslimin ke medan perang bukanlah kesalahan yang ringan. Buktinya hukuman masih ditambah dan ditingkatkan.

Di antara tiga orang Sahabat yang dikenakan tindakan pemulauan ini, Hilal sahaja yang memiliki masalah yang berbeza kerana usianya yang sudah terlalu tua jika dibandingkan dengan Ka’ab dan Murarah. Lantarn itu, isteri Hilal bin Umaiyah datang menghadap Rasulullah S.A.W dan mengadu bahawa suaminya sudah tua dan tidak memiliki pembantu untuk merawatnya. Isterinya tidak sanggup membiarkan Hilal yang sudah tua itu menjalani kehidupan sendiri. Lantaran kebijaksanaan Baginda Nabi S.A.W, permintaan isteri Hilal bin Umaiyah diperkenankan.

Begitulah mulianya adab Para Sahabat. Bila arahan dikeluarkan oleh Nabi S.A.W, mereka mendengar dan taat. Ketika hukuman itu terasa memberatkan bagi orang seusia Hilal bin Umaiyah, isterinya pula mengusahakan keringanan bagi suaminya. Menghadap Nabi S.A.W dengan penuh akur terhadap arahan dan mengharapkan belas dari Baginda disebabkan kondisi suaminya itu. Itu semua merupakan hak yang diakui oleh Baginda Nabi S.A.W, dan ia bukan suatu keaiban dan kesalahan. Sesungguhnya ini adalah contoh interaksi yang sangat mulia, antara orang-orang beriman, yang sangat mencintai Allah dan RasulNya.

Pemulauan terhadap tiga orang Sahabat Baginda S.A.W berakhir sebaik sahaja terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit, "Ada berita gembira buat kamu wahai Ka'ab!"

Sebaik sahaja mereka bertiga mendengar berita pengampunan itu, mereka masing-masing bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Seluruh Sahabat mengucapkan tahniah kepada mereka dan ketika itu wajah Baginda S.A.W berseri-seri dengan cahaya kegembiraan.

Inilah kesan tarbiyah dari peristiwa yang sangat mustahak diambil pengajarannya. Peristiwa menarik seperti ini hanya dapat kita saksikan dari generasi terbaik di zaman Baginda Nabi S.A.W. Ia memberikan pelajaran kepada kita semua, sekalipun pengajaran itu melalui kesilapan orang-orang soleh terdahulu. Ini kerana, jika generasi keemasan Islam tidak pernah ada orang bersalah, untouchable, maka kita tidak dapat mengambil ibrah dari kesilapan mereka.

Semua orang memiliki peluang melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang bersalah adalah yang bersedia mengakui kesalahan itu dan melakukan perbaikan. Salah satu usaha perbaikan itu adalah dengan jalan menerima hukuman, dan menjalaninya dengan sepenuh kesedaran dan kerelaan.

credit to http://tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/manhaj-haraki/310-kisah-kaab-bin-malik-dihukum-rasulullah
READ MORE - KISAH KA'AB BIN MALIK DIHUKUM RASULULLAH

postheadericon Petua Imam Syafie

credit tuh Dakwah Design...


Sesiapa yang mahu share.. di persilakan... xperlu minta keizinan.. "Saya membenarkan artikel ini di ambil dan di sebarka untuk  kebaikan semua orang"... kerana saya pon ambil dari orang bagi menyebarkan ilmu.. cukuplah walaupon sedikit.. dari tiada langsung...
READ MORE - Petua Imam Syafie
Tuesday, 28 August 2012

postheadericon Sunnah Raulullah untuk Pengantin baru

* gambar contoh... tiada kaitan dengan gambar.
Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

 " Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
 

READ MORE - Sunnah Raulullah untuk Pengantin baru
Monday, 13 August 2012

postheadericon Terkejut beQoook...

tadi ada sorang patient nih (cikgu) nama di rahsiakan.. datang kat aku... pastu dia bagitau.. saya ni org BN.. aku pon heran lah.. tetiba ja cakap macam tuh.. sedangkan aku hanya nak tanya dia sakit apa.. apa yang berlaku.. ni tetiba ja cakap macam tuh.. aku pon pandanglah kat jaket itam yang aku selalu pakai tuh...kat jaket aku ada lambang PKR ka /PAS ka /DAP ka...? tetiba ja cakap macam tuh.. pastuh dia memulakan cerita...

Kemarin ada ceramah YB dari BN.. di samping itu ada jugak ceramah dari DS Anwar Ibrahim (PKR)... dia bagitau.. ceramah wakil dari BN tuh sket ja.. ceramah Anwar Ibrahim.. macam lautan...(ayat dari dia).. aku pon diam lah... etika pekerjaan tiada sembang politik waktu bekerja..:-P Profesionalisma hehehe...

pastuh dia sambung lagi... "saya org BN.. saya rasa.. kali nih di Sabah, mesti jatuh punya BN.." aku pon cakap lah...(baru nak bersuara ni..) "Insya-Allah xdak apa2.." dia pon berkeras.. "saya rasa mesti jatuh punya.. Ini kali lah..." dah dia sendiri cakap macam tuh.. aku pon diam jak lah.. Profesionalisma lah katakan.. sambil tersenyum aku dan bagi slip ubat.. (xkan nak muncung plak..)

INI KALI LAH....!!
READ MORE - Terkejut beQoook...
Saturday, 11 August 2012

postheadericon THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD

 
5 ekor udang
6 ekor kupang
3 ekor sotong
3 1/2 cwn stok ayam
3 kepingan hirisan  lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 batang serai ~ di titik
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 sudu besar roasted chili paste (roasted tom yum paste) ~ ita letak 2 peket Tom Yum Adabi paste
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
4 biji tomato ~ dibelah empat
6 biji Thai chilies ~ ita letak cili padi
10 cendawan tiram segar ~ ita letak cendawan butang
1 cawan bunga kobis ~ dipotong sederhana besar
1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
1/2 cawan lobak merah ~ hiris memanjang
1 sb daun ketumbar  ~ dicincang
1 sb daun bawang ~ dicincang
1 batang celery ~ dihiris ita tambah

Panaskan stok ayam di dalam kuali.
Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis.
Masukkan seafood ~ udang, kupang dan sotong
Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram.
Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

kredit to http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/07/assalamualaikum-selamat-berhujung.html

Olahan dari resepi : Thai Style Tom Yum Pak
By: Sunkis
Rujukan : My Resipi
READ MORE - THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD

postheadericon Daging Kambing Berkuah Kicap a.k.a Lamb Stew in Soya


Daging Kambing Berkuah Kicap. Lamb Stew in Soya. Bon Appetit

Bahan2nya
1 kg Daging Kambing dihiris dan di goreng sebentar, gaulkan bersama garam secukup rasa dan lada hitam
2 sudu besar - Lada hitam- ditumbuk
1.5 biji Bawang besar - dikisa
r
3 ulas bawang putih - dikisar
1.5 inch halia - dikisar
6 biji cili api - dikisar
1/2 sudu teh serbuk masala
1/2 sudu teh serbuk Jintan manis
1 sudu besar sos tomato ketchup
1 tangkai daun ketumbar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng
1 batang karot - dipotong bulat atau ikut citarasa
1.5 cawan air
1/2 cawan kicap manis.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 sudu besar minyak masak Canola/Sayur
Bawang goreng dan daun ketumbar untuk khiasan

Cara2nya
Panaskan minyak diperiok/kuali, masukkan bahan2 kisar dan rempah2 biji, kayu manis bunga lawang, pelaga dan cengkih. Bila rempah mula bangkit masukan daging daging hiris goreng dan carot nya, tuangkan air 1.5 cawan dan 1/2 mangkuk kicap manis.Letakan sos tomato ketchup sedikit dan biarkan ia masak diapi sederhana. Biarkan ia masak dalam 4mins. Tutup periok dengan tudung periok. Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit. Goreng kentang di kuali lain, yang di potong dadu. Masukkan ubi kentang goreng kedalam periok. Gaulkan bersama kuah dagingnya. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Tutup api. Sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak......
 
kredit to https://www.facebook.com/bloggermasakan
READ MORE - Daging Kambing Berkuah Kicap a.k.a Lamb Stew in Soya

postheadericon Kek Lapis Keju Kukus...



bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis


*kredit to https://www.facebook.com/bloggermasakan


Aku pon xpernah try... j0m kita try.... sebab aku memang suka makan keju.. heheheh...
READ MORE - Kek Lapis Keju Kukus...

Nuffnang

Kata Hikmah Untuk Kali Ini

Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."

Popular Posts

About Me

Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah

Followers

Powered by Blogger.

Pautan

.: sYok.Org :
Share