Pages

Saturday, 29 December 2012

postheadericon Nasihat Kubur



1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yg gelap, maka terangilah aku dengan TAHAJUD

2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka luaskanlah aku dengan ber SILATURAHIM.

3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka ramaikanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.

4). Aku adalah tempatnya binatang2 yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH,

5). Aku yg menyepitmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT

6). Aku adalah tempat utk merendammu dgn cairan yg sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dgn PUASA..

7). Aku adalah tempat Munkar & Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"

READ MORE - Nasihat Kubur
Wednesday, 19 December 2012

postheadericon BELAJAR

Belajar DIAM dari banyaknya BICARA 
Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN 
Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG 
Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN 
Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN 
Belajar TAWAKKAL dari UJIAN 
Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..
READ MORE - BELAJAR

postheadericon Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
READ MORE - Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a
Saturday, 8 December 2012

postheadericon PEJUANG

NAK JADI PEJUANG...???!!

Mesti kena bangun SUBUH berjemaah...
Jangan harap kalau SUBUH pon tak boleh berjemaah... utk aku sebagai rakyat Malaysia...erm.. bangun Subuh sudah lah...

nak jadi pejuang jugak..????!!

Kena HAFAZ QURAN dan HAdis serta AMALKANNYA...
Jangan harap kalau Quran pon xboleh nak hafal... utk aku sebagai rakyat Malaysia... erm.. Hafaz Juz amma pon ok lah... ntah2 solat Al-Fati

hah pon xtau maknanya...

nak jadi pejuang sungguh2 ke ni...???!!

Kena bangun QIAMMULAIL setiap pagi...
Jangan harap kalau yg nih pon xboleh buat... utk aku sebagai rakyat Malaysia... erm... cukuplah kalau boleh buat sebulan sekali... iye lah nak bangun tidoq bukan senang...

Ok lah... kalau Qiammulail nih payah nak buat alasan sebab susah bangun tidoq.. solat yang kita dah bangun.. segar bugar pon susah gak...!! erm... xtau lah...

mampu ka kita nak buat semua nih...??? nukilan ini buat diriku... bukan untuk bagi sesiapa terasa.. kalau terasa harap maaf...
READ MORE - PEJUANG

postheadericon Elaun Cola

(BERITA BAIK UNTUK SEMUA)
PEKELILING 001 - Kerajaan bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COLA) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa Januari 2013 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat..

Elaun COLA ini boleh dituntut di sem
ua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.


Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja- Original
3. Surat Akuan Majikan - (tempat terakhir masih bertugas)

dan...

80 penutup botol Coca-Cola... ... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !

Haaaahahaha! !!! Dah! j0m tid0Q.... kalau pasal duit semua mata besar belaka ekk.....

JANGAN MARAH HAHAHA
SEMOGA EMOSI KURANG STABIL KEMBALI CERIA
READ MORE - Elaun Cola

postheadericon Orang Pertama yang patut kita tahu...

1. Orang yang pertama menulis Bismillah :
Nabi Sulaiman AS.

2..Orang yang pertama minum air zamzam :
Nabi Ismail AS.

3..Orang yang pertama berkhatan :
Nabi Ibrahim AS.

4.Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari
qiamat :
Nabi Ibrahim AS.

5…Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada
hari qiamat :
Nabi Adam AS.

6….Orang yang pertama mengerjakan saie antara
Safa dan Marwah :
Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS)

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari
qiamat :
Nabi Muhammad SAW

8. ..Orang yang pertama menjadi khalifah Islam :
Abu Bakar AsSiddiq RA

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah:
Umar bin Al-Khattab RA

10. Orang yang pertama meletakkah jawatan
khalifah dalam Islam:
Al-Hasan bin Ali RA

11. ..Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW:
Thuwaibah RA

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan lelaki :
Al-Harith bin Abi Halah RA

13. ..Orang yang pertama syahid dalam Islam dari
kalangan wanita:
Sumayyah binti Khabbat RA

14… Orang yang pertama menulis hadis di dalam
kitab / lembaran :
Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA

15. Orang yang pertama memanah dalam
perjuangan fisabilillah :
Saad bin Abi Waqqas RA

16. …Orang yang pertama menjadi muazzin dan
melaungkan azan:
Bilal bin Rabah RA

17. Orang yang pertama bersembahyang dengan
Rasulullah SAW :
Ali bin Abi Tholib RA

18…. Orang yang pertama membuat minbar masjid
Nabi SAW:
Tamim Ad-dary RA

19. Orang yang pertama menghunuskan pedang
dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-
Awwam RA

20…. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW:
Ibban bin Othman bin Affan RA

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi
SAW :
Khadijah binti Khuwailid RA

22… Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh :
Imam Syafie RH

23. Orang yang pertama membina penjara dalam
Islam:
Ali bin Abi Tholib RA

24. ….Orang yang pertama menjadi raja dalam
Islam :
Muawayah bin Abi Sufyan RA

25… Orang yang pertama membuat perpustakaan
awam :
Harun Ar-Rasyid RH

26.Orang yang pertama mengadakan baitul mal :
Umar Al-Khattab RA

27… Orang yang pertama menghafal Al-Quran
selepas Rasulullah SAW:
Ali bn Abi Tholib RA

28.Orang yang pertama membina menara di
Masjidil Haram Mekah :
Khalifah Abu Ja’far Al-Mansur RH

29…Orang yang pertama digelar Al-Muqry :
Mus’ab bin Umair RA

30. … Orang yang pertama masuk Syurga :
Nabi Muhamamad SAW

Wahai, sahabat maya..baca dan hayatilah.. kongsi dan sebarkanlah…
sekadar input dan pengisian rohani sbg seorang muslim dan muslimah-Nya..
(^_^)

READ MORE - Orang Pertama yang patut kita tahu...
Wednesday, 10 October 2012

postheadericon Alkisah seorang anak yatim piatu buta…



Namanya Athirah, seorang anak yatim piatu. Athirah marah pada dirinya kerana buta akibat sebuah kemalangan. Athirah membenci semua di kelilingnya dan sering merungut - mengapa Allah tidak adil pada dirinya? Mengapa? Mengapa?

Disebabkan rungutan tanpa henti, Athirah bertambah marah dan frust dengan kehidupannya. Satu hari, seorang jejaka Amin datang ke hidup Athirah – disebabkan Amin menjaga beliau dengan baik, Athirah tidak membencinya, malah merasakan hidupnya bertuah kerana ada Amin yang selalu melawatnya di rumah anak yatim.

Di dunia Athirah, hanya Amin yang memahaminya… namun Athirah enggan berkahwin dengan Amin kerana kata ia adalah tidak adil untuk Amin untuk mendapat seorang isteri yang buta… Athirah memberitahu Amin, “sekiranya saya dapat lihat semula, saya akan berkahwin dengan Amin.”

Satu hari, hospital memanggil Athirah dan berkata ada orang yang sudi mendermakan mata untuk pembedahannya. Athirah kegembiraan.

Setelah berjaya membuka matanya, Amin bertanya pada Athirah, sekarang Athirah dah boleh melihat, sudikah Athirah berkahwin dengan Amin?

Athirah terkejut melihat Amin juga seorang yang buta dan enggan berkahwin dengan Amin. 

Amin kesedihan, menangis dan beredar daripada bilik hospital Athirah dengan memakai cermin mata hitam dan tongkat.

Athirah kemudiannya menekan loceng memanggil jururawat untuk memapahnya ke tandas.

Setibanya di tandas, Athirah menjerit tatkala terlihat wajahnya di cermin. Beliau seolah tak percaya wajahnya hodoh akibat parut kemalangan 6 tahun dahulu.

Setelah tenang kembali, Athirah berkata seorang diri, “Kalau Amin tak buta, pasti beliau juga tak nak berkahwin dengan saya yang hodoh ini….”

Doktor pun datang melawat Athirah – “Doktor, siapa yang menderma mata ini pada Athirah? Saya nak ucap terima kasih kepadanya.”

“Dia ada datang tadi… Saya lihat dia kesedihan meninggalkan bilik Athirah setelah Athirah berkata sesuatu kepadanya,” kata doktor itu…

Athirah terus menangis… rupanya Amin yang menderma matanya dan Aminlah orang yang sanggup mengahwininya walaupun selama ini nampak parutnya yang hodoh itu.

“Ya Allah, walaupun saya buta, Allah telah mengutuskan seorang untuk menjaga saya tapi saya tidak tahu menghargainya. Maafkan saya yang berdosa ini…” 

Athirah terus keluar mencari Amin….

Inilah bagaimana minda manusia bertukar apabila status berubah. Hanya segelintir sahaja beringat kepada mereka yang di sisi mereka di saat paling sukar.

Sebelum kita berkata sesuatu yang buruk, fikirlah pada mereka yang bisu.

Sebelum kita merungut mengenai rasa makanan, fikirlah pada mereka yang tiada makanan.

Sebelum kita merungut mengenai kehidupan, fikirlah pada mereka yang telah menemui ajal lebih awal.

Sebelum kita merungut mengenai suami atau isteri, fikirlah pada mereka yang sering berdoa pada Allah agar ditemukan jodoh.

Dan apabila minda dibelenggu dengan fikiran murung, pandang cermin dan Senyum cepat-cepat dan bersyukur pada Allah, kita masih hidup di saat ini.

Panjang sikit malam ini untuk Senyum bersama. Senyum.

Nukilan Tuan Ibrahim Tuan Man
https://www.facebook.com/ustaztitm/posts/475669835806695
READ MORE - Alkisah seorang anak yatim piatu buta…
Wednesday, 3 October 2012

postheadericon Cara-cara Didik Anak


READ MORE - Cara-cara Didik Anak
Thursday, 13 September 2012

postheadericon BILA LELAKI MENJADI DAYUS?

Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepad dirinya.

Mungkin kita akan berkata dalam hati :-

” Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku”

Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.

Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.

Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.

Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

من قتل دون أهله فهو شهيد

Ertinya : “Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid” ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Sekian

Oleh; Ust Dr Zaharuddin Abd Rahman
READ MORE - BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Wednesday, 29 August 2012

postheadericon KISAH KA'AB BIN MALIK DIHUKUM RASULULLAH

Siapapun dipecat, siapapun dihukum, siapapun dikenakan tindakan serta merta pasti akan mengalami kejutan yang luar biasa. Fitrah manusia lahirnya pasti akan merasa marah bukan kepalang, dibayangi kesumat yang mencengkam apabila menghadapi tindakan sedemikian. Namun, bagi mereka yang jiwanya kental, niatnya berjuang semata-mata kerana Allah dan Rasul, pastilah tidak merasa sempit dada kerana jalan perjuangan masih panjang. Hukuman bukanlah bererti perjuangan terhenti ditengah jalan, tetapi harus terus konsisten berada di lapangan yang diredhai Allah dan RasulNya.

Itulah Ka'ab bin Malik, biarpun dihukum kerana tidak hadir di medan perang yang tertangguh di Tabuk. Ia bukan menjadi peluang untuk berpaling dari terus berada di dalam nakhoda yang diketuai oleh Rasulullah S.A.W. Peristiwa ini berlaku ketika terdapat ramai puak munafiqin yang tidak menyertai gerakan jihad ke Tabuk. Mereka bukan sahaja gagal menyahut seruan Nabi, bahkan cuba mempengaruhi orang lain supaya menguzurkan diri. Hal ini dirakamkan di dalam surah at Taubah ayat 81 :


"Orang-orang (munafik) yang ditinggalkan (tidak turut berperang) itu, bersukacita disebabkan mereka tinggal di belakang Rasulullah (di Madinah); dan mereka (sememangnya) tidak suka berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah (dengan sebab kufurnya), dan mereka pula (menghasut dengan) berkata; Janganlah kamu keluar beramai-ramai (untuk berperang) pada musim panas ini. Katakanlah (wahai Muhammad); Api neraka Jahannam lebih panas membakar, kalaulah mereka itu orang-orang yang memahami."

Orang munafik berkata, "Janganlah berpergian dalam keadaan panas."

Lantaran itu Baginda menjawab, "Api neraka Jahannam lebih panas membakar."

Ketika orang-orang munafik menguzurkan diri dari peperangan tersebut, mereka langsung tidak dikenakan tindakan oleh Rasulullah S.A.W. Tetapi, ketika tiga orang Sahabat Nabi berhadapan dengan Baginda, mereka langsung dikenakan hukuman dari Allah iaitu pemulauan untuk beberapa tempoh yang ditentukanNya. Di antara orang-orang beriman yang tidak menyertai tentera Muslimin ke Tabuk ialah Murarah bin Rabi', Hilal bin Umayyah dan Ka'ab bin Malik.

Murarah bin Rabi' tidak bersama-sama pasukan Nabi Muhammad S.A.W kerana hasil tanaman tamar dikebunnya sedang masak dan terpaksa dikutip. Lalu beliau menyangka penyertaannya dalam lain-lain peperangan sebelum ini, dapat melepaskan dirinya daripada peperangan yang seterusnya bakal dihadapi oleh kaum Muslimin.

Manakala Hilal bin Umayyah pula sibuk mendampingi kaum keluarganya yang baharu pulang ke Madinah setelah sekian lama meninggalkan kota itu. Seperti Murarah, Hilal juga menyangka penyertaannya di dalam beberapa peperangan terdahulu bersama Rasulullah S.A.W, mengizinkan sebab keuzurannya.

Ka'ab bin Malik pula saat itu sedang menikmati kesenangan yang sebelum ini tidak pernah dinikmatinya, kebunnya subur, unta-untanya beranak-pinak. Hal itu menyebabkan Ka'ab telah tertinggal kebelakang dari turut bersama pasukan Rasulullah S.A.W di Tabuk. Hal ini disedari oleh Rasulullah apabila Baginda bertanya kepada Para Sahabat, di mana Ka'ab bin Malik? Menyedari reaksi Rasulullah S.A.W tertanya-tanya, Para Sahabat meminta Ka'ab menemui Baginda sejurus sampai ke Madinah.

"Apa yang menghalangi kamu? Bukankah kamu telah membeli unta?", tanya Rasulullah S.A.W kepada Ka'ab.

Lantas Ka'ab menjawab, "Ya RasulAllah S.A.W, kalau orang lain sudah tentu aku memberikan alasan-alasan yang munasabah kerana Allah mengurniakanku kefasihan. Tetapi kepada Baginda Rasulullah, walaupun aku dapat memberi keterangan-keterangan dusta yang mampu memuaskan hati, sudah tentu Allah akan memurkaiku. Oleh itu aku bercakap benar. Demi Allah! Aku tiada sebarang alasan pun sedangkan pada waktu itu hidupku mewah dan jauh dari sebarang keuzuran."

Kesalahan Ka'ab bin Malik, Murarah bin Rabi' dan Hilal bi Umayyah tidaklah begitu serius jika hendak dibandingkan dengan seruan-seruan supaya tiadanya wala' dalam jamaah, ataupun menubuhkan pasukan lain untuk menyaingi pasukan Rasulullah S.A.W. Lagi pula pertempuran sebenarnya tidak berlaku di Tabuk, bahkan pasukan Rasulullah S.A.W kembali ke Madinah dalam keadaan tidak berperang. Tetapi mereka tidak berdolak-dalih dan redha terhadap hukuman yang dikenakan oleh Rasulullah. Mereka bertiga dipulaukan untuk beberapa tempoh yang ditentukan. Tidak ada seorang pun yang boleh bergaul dengan mereka bertiga, kerana itu arahan Rasulullah S.A.W.

Ketika itu dunia yang begitu luas menjadi sempit kepada mereka bertiga akibat hukuman ini. Hal ini lebih membimbangkan lagi jika di antara mereka menemui ajal, pastilah Nabi Muhammad S.A.W tidak akan mengimami solat jenazah mereka. Sebaliknya pula jika Baginda S.A.W wafat, sudah tentu pemboikotan yang dikenakan ke atas mereka berterusan sehingga ke akhir hayat.

Kekhuatiran itu menyebabkan Ka'ab bin Malik sering memberanikan diri menghampiri Nabi Muhammad S.A.W sambil memberikan salam. Ka'ab menunggu-nunggu jawapan Baginda S.A.W dengan penuh penyesalan dan harapan, namun kerapkali pertemuannya membuahkan kehampaan. Pernah satu ketika Ka'ab memanjat pagar kebun sepupunya, Qatadah. Ka'ab mengucapkan salam kepadanya tetapi tidak berjawab. Lantaran itu Ka'ab menggesanya supaya menjawab hanya satu soalan sahaja. Ka'ab bertanya, "Engkau tahu atau tidak yang aku mencintai Allah dan RasulNya?"

Soalan itu diulangi sebanyak tiga kali. Pada kali yang ketiga baharulah Qatadah menjawab, "Hanya Allah dan RasulNya yang mengetahui."

Mendengar jawapannya itu Ka'ab menangis lalu meninggalkannya.

Di suatu sudut lain ketika Ka'ab dikenakan pemulauan tersebut, banyak suara yang membelanya, banyak suara empati tentang hukumannya, bahkan ada juga suara yang memujuk dan mengajaknya agar berpaling dari kumpulan Rasulullah S.A.W. Pujukan itu berupa tawaran-tawaran jawatan, jabatan, kedudukan, kemuliaan yang mungkin akan diberikan oleh seorang raja dari Ghassan yang beragama Nasrani dari negeri Syam. Ini kerana kewibawaan yang dimiliki oleh Ka'ab dianggap memiliki daya tarikan yang cukup kuat, pengaruh yang cukup hebat, yang mampu memberikan kepentingan apapun yang diinginkan oleh pihak lain terhadapnya.

Itulah apa yang dialami oleh Ka'ab bin Malik setelah berita pemulauannya sampai ke pengetahuan Raja Ghassan. Raja Ghassan kemudiannya menyerahkan sepucuk surat yang berbunyi, "Kami telah mengetahui penganiayaan yang kamu perolehi dari pemimpinmu (Nabi Muhammad). Allah tidak akan membiarkan kamu dalam keadaan hina dan malu. Ada baiknya kamu menyertai kami, dan kami akan memberi segala pertolongan kepada kamu."

Luar biasa perhatian Raja Ghassan kepada Ka’ab bin Malik. Ketika posisi Ka'ab berada dalam keadaan kritikal kerana dihukum oleh Nabi, seorang Raja yang punya kerajaan, punya harta dan takhta memberikan perhatian khusus kepadanya. Pada saat semua Sahabat tidak peduli kepada Ka'ab, ternyata masih ada orang yang ingin menyapanya, bahkan ia adalah seorang Raja.

Mujurlah yang mendapat surat itu Ka'ab bin Malik, seorang mujahid yang hebat. Beliau bukan orang yang mudah dipujuk rayu. Beliau bukan orang yang mudah diajak melakukan bangkangan terhadap gerakan yang dipimpin Rasulullah S.A.W. Tidak ada ungkapan pembandingan yang keluar dari mulut Ka’ab seperti, "Orang luar pula yang memberikan perhatian kepada nasibku. Sahabat-sahabatku, jiran tetanggaku, orang yang satu jama’ah denganku, langsung tidak peduli dengan diriku".

Tidak ada garis kalimat seperti itu yang tercetus dari mulut Ka’ab bin Malik. Beliau menyedari, surat Raja Ghassan itu adalah ujian berikutnya yang harus dihadapi dengan sepenuh kesedaran dan kefahaman. Adapun matlamat dunia dan akhirat yang diinginkannya adalah keredhaan Allah dan RasulNya. Bukan pengakuan orang, bukan apresiasi Raja Ghassan. Surat Raja Ghassan itu benar-benar merupakan sebuah ujian keikhlasan yang datang tepat pada waktunya, dan Ka’ab mampu melalui ujian ini dengan sempurna.

Ka'ab bin Malik memasukkan surat Raja Ghassan itu ke dalam relung api dan membakarnya. Lalu Ka'ab terus berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W sambil berkata, "Ya RasulAllah S.A.W, hampir-hampir aku tergelincir ke dalam jurang kehinaan yang amat dahsyat, sehinggakan orang-orang kafir menyangka aku akan murtad."

Mendengar keluhan Ka'ab bin Malik itu, Rasulullah S.A.W tetap berdiam, bahkan tidak memberi respon ke atas apa yang berlaku kepada Ka'ab.

Selepas 40 hari pemulauan itu berjalan, dan harapan agar berita berakhirnya masa hukuman ke atas tiga orang Sahabat Nabi segera diutuskan, seorang utusan Nabi Muhammad S.A.W mendatangi Ka'ab dengan membawa satu perintah baharu, iaitu perintah supaya ketiga-tiga orang Sahabat yang dipulau ini berjauhan dengan isteri. Utusan yang datang bukan utusan pengampunan, justeru menambahkan lagi hukuman berikutnya iaitu berpisah tempat tinggal dengan isteri. Hidup dirasakan seperti di dalam penjara, tanpa teman, tanpa anak dan isteri yang menemani.

Lengkap sudah kesunyian ini, ketiga-tiga Sahabat Nabi ini menjalani babak baharu dalam hukumannya. Mereka adalah mujahid sejati, mereka tidak memberontak dan menolak hukuman berikutnya. Kata Ka'ab yang akur dengan arahan ini kepada isterinya, "Pergilah kamu tinggal bersama-sama orang tuamu sehingga Allah menentukan sesuatu hukuman lain bagiku."

Justeru bersantai sahaja di rumah dan tidak bersama-sama kaum Muslimin ke medan perang bukanlah kesalahan yang ringan. Buktinya hukuman masih ditambah dan ditingkatkan.

Di antara tiga orang Sahabat yang dikenakan tindakan pemulauan ini, Hilal sahaja yang memiliki masalah yang berbeza kerana usianya yang sudah terlalu tua jika dibandingkan dengan Ka’ab dan Murarah. Lantarn itu, isteri Hilal bin Umaiyah datang menghadap Rasulullah S.A.W dan mengadu bahawa suaminya sudah tua dan tidak memiliki pembantu untuk merawatnya. Isterinya tidak sanggup membiarkan Hilal yang sudah tua itu menjalani kehidupan sendiri. Lantaran kebijaksanaan Baginda Nabi S.A.W, permintaan isteri Hilal bin Umaiyah diperkenankan.

Begitulah mulianya adab Para Sahabat. Bila arahan dikeluarkan oleh Nabi S.A.W, mereka mendengar dan taat. Ketika hukuman itu terasa memberatkan bagi orang seusia Hilal bin Umaiyah, isterinya pula mengusahakan keringanan bagi suaminya. Menghadap Nabi S.A.W dengan penuh akur terhadap arahan dan mengharapkan belas dari Baginda disebabkan kondisi suaminya itu. Itu semua merupakan hak yang diakui oleh Baginda Nabi S.A.W, dan ia bukan suatu keaiban dan kesalahan. Sesungguhnya ini adalah contoh interaksi yang sangat mulia, antara orang-orang beriman, yang sangat mencintai Allah dan RasulNya.

Pemulauan terhadap tiga orang Sahabat Baginda S.A.W berakhir sebaik sahaja terdengar orang menjerit dari kemuncak bukit, "Ada berita gembira buat kamu wahai Ka'ab!"

Sebaik sahaja mereka bertiga mendengar berita pengampunan itu, mereka masing-masing bersujud dengan gembiranya sambil mengucapkan syukur kepada Allah. Seluruh Sahabat mengucapkan tahniah kepada mereka dan ketika itu wajah Baginda S.A.W berseri-seri dengan cahaya kegembiraan.

Inilah kesan tarbiyah dari peristiwa yang sangat mustahak diambil pengajarannya. Peristiwa menarik seperti ini hanya dapat kita saksikan dari generasi terbaik di zaman Baginda Nabi S.A.W. Ia memberikan pelajaran kepada kita semua, sekalipun pengajaran itu melalui kesilapan orang-orang soleh terdahulu. Ini kerana, jika generasi keemasan Islam tidak pernah ada orang bersalah, untouchable, maka kita tidak dapat mengambil ibrah dari kesilapan mereka.

Semua orang memiliki peluang melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang bersalah adalah yang bersedia mengakui kesalahan itu dan melakukan perbaikan. Salah satu usaha perbaikan itu adalah dengan jalan menerima hukuman, dan menjalaninya dengan sepenuh kesedaran dan kerelaan.

credit to http://tarbawi.my/index.php/en/inspirasi/manhaj-haraki/310-kisah-kaab-bin-malik-dihukum-rasulullah
READ MORE - KISAH KA'AB BIN MALIK DIHUKUM RASULULLAH

postheadericon Petua Imam Syafie

credit tuh Dakwah Design...


Sesiapa yang mahu share.. di persilakan... xperlu minta keizinan.. "Saya membenarkan artikel ini di ambil dan di sebarka untuk  kebaikan semua orang"... kerana saya pon ambil dari orang bagi menyebarkan ilmu.. cukuplah walaupon sedikit.. dari tiada langsung...
READ MORE - Petua Imam Syafie
Tuesday, 28 August 2012

postheadericon Sunnah Raulullah untuk Pengantin baru

* gambar contoh... tiada kaitan dengan gambar.
Sunnah Rasulullah s.a.w. bagi pasangan yang baru berkahwin. Suami meletakkan tangan di ubun kepala isteri, dan berdoa :

 " Ya ALLAH, aku memohon kepada-Mu kebaikannya, dan kebaikan segala yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku berlindung kepada-Mu daripada keburukannya dan segala keburukan yang Engkau ciptakan pada dirinya" (Riwayat Abu Daud no.1260

Sunnah selepas Ijab Qabul : Melakukan solat sunat 2 rakaat berjemaah suami dan isteri.

Cara untuk mengerjakannya ialah:

• Lafaz niatnya : “Usolli sunnata ba’dan nikahi rak’ataini lillahi Ta’ala”Allahu Akbar”: Sahaja aku solat sunat sesudah nikah dua rakaat kerana Allah Ta’ala”

• Rakaat pertama : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Kafiruun’

• Rakaat kedua : Membaca surah Al-Faatihah dan surah Al-Ikhlas

• Membaca doa berikut selepas salam:

“YA Allah, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, segala puji-pujian bagi-Mu, seru sekalian alam. Ya Allah, aku bersykur kepada-Mu, telah selesai pernikahanku ini, kami memohon pada-Mu Ya Allah Engkau berkatilah pernikahan –ku ini. Engkau jadikanlah aku dan isteriku orang-orang yang soleh. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, pada-Mulah kami memohon pertolongan. Engkau anugerahkanlah padaku isteri/suami yang soleh, Engkau berikanlah akan daku dan isteriku petunjuk dan hidayah agar kami sentiasa di dalam keredhaan-Mu dan tunjukilah kami ke jalan yang lurus sepanjang hidup kami. Engkau berikanlah kami kekuatan untuk memimpin isteri dan anak-anak kami ke jalan yang Engkau redhai. Engkau mesrakanlah kami, bahagiakanlah kami sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w dan Siti Khadijah, Nabi Yusuf dengan Zulaikha, Nabi Adam dan Hawa. Engkau anugerahkanlah padaku dan isteriku anak-anak yang ramai dan soleh. Engkau anugerahkanlah kami kesihatan dan kesejahteraan pada isteri/suami dan anak cucu kami sepanjang hayat kami dan sepanjang hayat mereka. Engkau peliharalah kami daripada perkara-perkara yang boleh merosak kemesraan dan kebahagiaan rumah tangga kami”

“Ya Allah ,Ya Rahman, Ya Rahim, Engkau anugerahkanlah kepada kami akan rezeki yang suci dan baik, lindungilah kami dari mendapat rezeki yang keji dan haram. Engkau jadikanlah aku, isteriku/suamiku dan anak-anak kami orang yang rajin mengerjakan solat dan bertaqwa. Engkau berikanlah petunjuk dan jalan sekiranya aku, isteri/suami dan anak-anak ku menyimpag ke jalan yang tidak Kau redhai. Engkau anugerahkanlah padaku, isteri/suami dan keturunan kami kekuatan dan keimanan untuk berbuat baik dan amal soleh sepanjang hayat kami. Engkau peliharalah kami, isteri/suami, anak-anak dan cucu-cucu kami dari sebarang mara bahaya,fitnah,dan malapetaka yang tidak diingini samaada yang lahir mahupun yang batin”

“Ya Allah,Engkau berkatilah umur kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami sehinggalah akhir hayat kami dan mereka. Engkau peliharalah kami, isteri/suami kami, anak-anak kami, cucu-cucu kami agar menjadi orang yang taat kepada-Mu Ya Allah, kepada kedua ibubapanya dan taat mengerjakan perintah-Mu dan taat dalam menjauhi larangan-Mu”

“Bahagiakanlah rumah tangga kami Ya Allah,(3 kali),

Engkau berkatilah rumahtangga kami Ya Allah (3 kali)”
 

READ MORE - Sunnah Raulullah untuk Pengantin baru
Monday, 13 August 2012

postheadericon Terkejut beQoook...

tadi ada sorang patient nih (cikgu) nama di rahsiakan.. datang kat aku... pastu dia bagitau.. saya ni org BN.. aku pon heran lah.. tetiba ja cakap macam tuh.. sedangkan aku hanya nak tanya dia sakit apa.. apa yang berlaku.. ni tetiba ja cakap macam tuh.. aku pon pandanglah kat jaket itam yang aku selalu pakai tuh...kat jaket aku ada lambang PKR ka /PAS ka /DAP ka...? tetiba ja cakap macam tuh.. pastuh dia memulakan cerita...

Kemarin ada ceramah YB dari BN.. di samping itu ada jugak ceramah dari DS Anwar Ibrahim (PKR)... dia bagitau.. ceramah wakil dari BN tuh sket ja.. ceramah Anwar Ibrahim.. macam lautan...(ayat dari dia).. aku pon diam lah... etika pekerjaan tiada sembang politik waktu bekerja..:-P Profesionalisma hehehe...

pastuh dia sambung lagi... "saya org BN.. saya rasa.. kali nih di Sabah, mesti jatuh punya BN.." aku pon cakap lah...(baru nak bersuara ni..) "Insya-Allah xdak apa2.." dia pon berkeras.. "saya rasa mesti jatuh punya.. Ini kali lah..." dah dia sendiri cakap macam tuh.. aku pon diam jak lah.. Profesionalisma lah katakan.. sambil tersenyum aku dan bagi slip ubat.. (xkan nak muncung plak..)

INI KALI LAH....!!
READ MORE - Terkejut beQoook...
Saturday, 11 August 2012

postheadericon THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD

 
5 ekor udang
6 ekor kupang
3 ekor sotong
3 1/2 cwn stok ayam
3 kepingan hirisan  lengkuas muda
2 keping daun limau purut
1 batang serai ~ di titik
2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 sudu besar roasted chili paste (roasted tom yum paste) ~ ita letak 2 peket Tom Yum Adabi paste
2 sudu besar sos ikan
3 sudu besar jus limau nipis
4 biji tomato ~ dibelah empat
6 biji Thai chilies ~ ita letak cili padi
10 cendawan tiram segar ~ ita letak cendawan butang
1 cawan bunga kobis ~ dipotong sederhana besar
1/2 cawan putik jagung muda ~ potong memanjang
1/2 cawan lobak merah ~ hiris memanjang
1 sb daun ketumbar  ~ dicincang
1 sb daun bawang ~ dicincang
1 batang celery ~ dihiris ita tambah

Panaskan stok ayam di dalam kuali.
Masukkan lengkuas, daun limau purut dan serai.
Kemudian, masukkan bawang merah, chili paste, sos ikan dan jus limau nipis.
Masukkan seafood ~ udang, kupang dan sotong
Masukkan pula bunga kobis, putik jagung muda & lobak merah. Biarkan sekejap.
Masukkan tomato, thai chilies & cendawan tiram.
Biarkan selama 2 minit. Taburkan daun ketumbar & daun bawang.
Boleh dihidangkan.
Nota: sayur-sayuran jgn dipotong terlalu kecil atau terlalu besar. Potong sederhana besar.

kredit to http://fromintankitchen.blogspot.com/2012/07/assalamualaikum-selamat-berhujung.html

Olahan dari resepi : Thai Style Tom Yum Pak
By: Sunkis
Rujukan : My Resipi
READ MORE - THAI STYLE TOM YUM SEAFOOD

postheadericon Daging Kambing Berkuah Kicap a.k.a Lamb Stew in Soya


Daging Kambing Berkuah Kicap. Lamb Stew in Soya. Bon Appetit

Bahan2nya
1 kg Daging Kambing dihiris dan di goreng sebentar, gaulkan bersama garam secukup rasa dan lada hitam
2 sudu besar - Lada hitam- ditumbuk
1.5 biji Bawang besar - dikisa
r
3 ulas bawang putih - dikisar
1.5 inch halia - dikisar
6 biji cili api - dikisar
1/2 sudu teh serbuk masala
1/2 sudu teh serbuk Jintan manis
1 sudu besar sos tomato ketchup
1 tangkai daun ketumbar
1 batang kayu manis
1 biji bunga lawang
6 biji buah pelaga
4 biji bunga cengkih
3 biji ubi Kentang - dipotong dadu dan digoreng
1 batang karot - dipotong bulat atau ikut citarasa
1.5 cawan air
1/2 cawan kicap manis.
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
4 sudu besar minyak masak Canola/Sayur
Bawang goreng dan daun ketumbar untuk khiasan

Cara2nya
Panaskan minyak diperiok/kuali, masukkan bahan2 kisar dan rempah2 biji, kayu manis bunga lawang, pelaga dan cengkih. Bila rempah mula bangkit masukan daging daging hiris goreng dan carot nya, tuangkan air 1.5 cawan dan 1/2 mangkuk kicap manis.Letakan sos tomato ketchup sedikit dan biarkan ia masak diapi sederhana. Biarkan ia masak dalam 4mins. Tutup periok dengan tudung periok. Lebihkan gula supaya kuahnya manis sedikit. Goreng kentang di kuali lain, yang di potong dadu. Masukkan ubi kentang goreng kedalam periok. Gaulkan bersama kuah dagingnya. Taburkan bawang goreng dan daun ketumbar. Tutup api. Sajikan bersama nasi putih atau nasi minyak......
 
kredit to https://www.facebook.com/bloggermasakan
READ MORE - Daging Kambing Berkuah Kicap a.k.a Lamb Stew in Soya

postheadericon Kek Lapis Keju Kukus...



bahan kek choc:
1 cwn koko
1cwn susu cair
1cwn minyak
1cwn gula
1/2 cwn susu pekat
(masak atas api) biar sejuk

(b)
1cwn tepung naik sendiri

(c)
3 biji telur (pukul sampai kembang)

cara2
masukkan (c) dlm bahan koko td..kacau...masukkan (b) kacau lg

bahan cheese

250g cream cheese
60g gula castor
25ml air
1 biji telur
25g tpg gandum

pukul semua bahan kecuali telur
pukul sampai kembang dan gebu
masukkan telur pukul lg

dh siap semua kukus selang seli mcm wt kuih lapis


*kredit to https://www.facebook.com/bloggermasakan


Aku pon xpernah try... j0m kita try.... sebab aku memang suka makan keju.. heheheh...
READ MORE - Kek Lapis Keju Kukus...
Tuesday, 31 July 2012

postheadericon PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM PERUBATAN


1) Semua jenis suntikan (Intravenous atau Intramuscular) kecuali Parenteral Nutrition (Fluid Therapy)

2) Tablet NITROGLYCERIN dan yang seumpaman dengannya yang diletakkan di bawah lidah (sublingual). Biasanya digunakan oleh pesakit jantung.

3) Semua bentuk rawatan yang melibatkan kemasukan benda atau ubat ke dalam faraj seperti VAGINAL SUPPOSITORY, PENCUCIAN (DOUSH), VAGINASCOPE atau tangan doktor yang memeriksa pesakit (VAGINAL EXAMINATION).

4) Semua bentuk tiub atau bahan yang dimasukkan melalui saluran kencing seperti URETHROSCOPE, BARIUM, PENCUCI URETHRA.

5) TAMPAL GIGI atau CUCI GIGI selagi mana ianya tidak ditelan.

6) PENDERMAAN DARAH atau MENERIMA DARAH.

7) BANTUAN OKSIGEN atau GAS PELALI (ANAESTHETIC GASES).

8) SEMUA JENIS KRIM ATAU MINYAK YANG DISAPU PADA KULIT walaupun dibekalkan dengan bahan kimia yang menyerap ke dalam kulit.

9) AMBIL DARAH untuk ujian makmal.
10) Semua jenis salur yang dimasukkan ke dalam salur darah untuk tujuan x-ray pada jantung atau mana-mana anggota badan.

11) Laparoscope yang dimasukkan ke dalam badan dengan tujuan pembedahan.

12) SEMUA JENIS UBAT KUMUR, MOUTH GARGLE atau PENYEMBUR MULUT selagi mana ianya tidak masuk ke dalam halkum (ditelan).

13) UTEROSCOPE atau IUCD (alat pencegah kehamilan) yang dimasukkan ke dalam rahim.

14) Sampel organ yang diambil dari badan seperti hati, atau dari mana-mana anggota badan (biopsy).

15) Ubat asthma (INHALER).

16) Semua jenis ubat yang dimasukkan melalui anus (dubur).

17) Pembedahan yang menggunakan pelali seluruh badan (General Anaesthesia) yang dijalankan pada siang hari setelah pesakit mula berpuasa sejak malam sebelum pembedahan.

18) Suntikan untuk merawat sakit buah pinggang melalui dialisis samada peritoneal atau hemodialysis.

19) Memasukkan GASTROSCOPE ke dalam perut dengan syarat TIADA SEBARANG CECAIR atau apa-apa BAHAN RAWATAN yang disalurkan.

* * * * *

REFERENCES
1) Fiqh Ramadhan, Ikatan Muslim Malaysia
2) Fiqh As Sunnah, Sayyid Sabiq
3) At Taqrirat As Sadidah Fi Al Masail Al Mufidah
4) Ibadah Pesakit Terbitan Perubatan Mesir

Jika masih ada sebarang kemusykilan, eloklah sekiranya ditanyakan pada yang lebih arif.. Selamat menunaikan ibadah puasa untuk pembaca semua.. Jaga diri ya.. Assalamualaikum..
* dari nurfarhanaabdullah.blogspot.com
READ MORE - PERKARA YANG TIDAK MEMBATALKAN PUASA DALAM PERUBATAN
Friday, 27 July 2012

postheadericon Kisah Azazil | Azazil Ketua Malaikat | Azazil Diusir Dari Syurga |

Ramai yang beranggapan,Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat. Namun sebenar-benarnya Azazil bukanlah malaikat, ia adalah iblis yang asalnya dari golongan jin yang kuat beribadat. Azazil Ketua Malaikat. Berikut ialah Kisah Azazil Diusir dari Syurga kerana sikap takbur.
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin…
Al-Kahf [50] Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi ketua malaikatataupun imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikatAzazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah. Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Lagi InfoAwal Penciptaan (II) | Lauh Mahfuzh ] Lagi Kisah: Awal Penciptaan (I) | Qalam | Arasy | Lauh Mahfuzh ]
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Lagi Info: Israfil Peniup Sangkakala | Kita Bertemu Selepas 40 Tahun ] Lagi Kisah: Isrāfīl | إ سرافيل| Yang membakar | Israfel ] Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Selain doanya yang mustajab, Azazil juga dikenali juga sebagai Sayidul Malaikat alias penghulu para malaikat dan Khazinul Jannah (bendaharawan surga). Semua lapis langit dan para penghuninya, menjuluki Azazil dengan sebutan penuh kemuliaan meski berbeda-beda. 
  • Pada langit lapis pertama , ia berjuluk Aabid, ahli ibadah yang mengabdi luar biasa kepada Allah
  • Di langit lapis kedua, julukan pada Azazil adalah Raki atau ahli ruku kepada Allah,
  • Di langit lapis ke tiga, ia berjuluk Saajid atau ahli sujud,
  • Di langit ke empat ia dijuluki Khaasyi karena selalu merendah dan takluk kepada Allah,
  • Di langit lapis kelima menyebut Azazil sebagai Qaanit Karena ketaatannya kepada Allah,
  • Di langit keenam Gelar Mujtahid, karena ia bersungguh-sungguh ketika beribadah kepada Allah.
  • Pada langit ketujuh, ia dipanggil Zaahid, karena sederhana dalam menggunakan sarana hidup.

Selama 120 ribu tahun, Azazil, si penghulu para malaikat menyandang semua gelar kehormatan dan kemuliaan, hingga tibalah ketika para malaikat melakukan musyawarah besar atas undangan Allah. Ketika itu, Allah, Zat pemilik kemutlakan dan semua niat, mengutarakan maksud untuk menciptakan pemimpin di bumi.
"Sesungguhnya Aku hendak menciptakan seorang khalifah (pemimpin) di muka bumi."
Al Baqarah : 30 Semua malaikat hampir serentak menjawab mendengar kehendak Allah.
"Ya Allah, mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di muka bumi, yang hanya akan membuat kerusakan dan menumpahkan darah di bumi, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau."
Al Baqarah : 30 Allah menjawab kekhawatiran para malaikat dan meyakinkan bahwa,
"Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
Al Baqarah : 30 Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.

Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
Israa [61] Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan. Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Dia berkata lagi:
Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya)
Israa [62] Allah berfirman (kepada iblis):
Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup.
Israa [63] Sebagai penghulu para malaikat dengan semua gelaran dan sebutan kemuliaan, Azazil merasa tidak layak bersujud pada makhluk lain termasuk Adam karena merasa penciptaan dan statusnya yang lebih baik. Allah melihat tingkah dan sikap Azazil, lalu bertanya serta memberi gelar baru baginya Iblis.
"Hai Iblis, apakah yang menghalangimu untuk bersujud kepada yang telah Kuciptakan dengan kedua tangan-Ku. Apakah kamu menyombongkan diri (takabur) ataukah kamu merasa termasuk orang-orang yang lebih tinggi?"
Mendengar pernyataan Allah, bukan permintaan ampun yang keluar dari Azazil, sebaliknya ia malah menantang dan berkata,
"Ya Allah, aku (memang) lebih baik dibandingkan Adam. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan Adam Engkau ciptakan dari tanah."
Mendengar jawaban Azazil yang sombong, Allah berfirman.
"Keluarlah kamu dari surga. Sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang diusir".
Azazil alias Iblis, sejak itu tak lagi berhak menghuni surga. Kesombongan dirinya, yang merasa lebih baik, lebih mulia dan sebagainya dibanding makhluk lain telah menyebabkannya menjadi penentang Allah yang paling nyata. Padahal Allah sungguh tak menyukai orang-orang yang sombong.
"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia karena sombong dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanakanlah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai."
Bibit kesombongan dari Azazil sejatinya sudah bersemai sejak Israfil dan para malaikat mendatanginya agar mendoakan mereka kepada Allah. Waktu itu, ketika mendengar penjelasan Israfil, Azazil berkata,
"Ya Allah! Hamba-Mu yang manakah yang berani menentang perintah-Mu, sungguh aku ikut mengutuknya."
Azazil lupa, dirinya adalah juga hamba Allah dan tak menyedari bahwa kata "hamba" yang tertera pada tulisan di pintu syurga, juga boleh menimpa kepada sesiapa saja, termasuk dirinya. Lalu, demi mendengar ketetapan Allah, Iblis bertambah nekat seraya meminta kepada Allah agar diberi dispensasi. Katanya,
"Ya Allah, beri tangguhlah aku sampai mereka ditangguhkan."
Allah bermurah hati, dan Iblis mendapat apa yang dia minta yaitu masa hidup panjang selama manusia masih hidup di permukaan bumi sebagai khalifah. Dasar Iblis, Allah yang maha pemurah, masih juga ditawar. Ia lantas bersumpah akan menyesatkan Adam dan anak cucunya, seluruhnya, Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis di antara mereka.
" Maka kata Allah, "Yang benar adalah sumpah-Ku dan hanya kebenaran itulah yang Kukatakan. Sesungguhnya Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jenis dari golongan kamu dan orang-orang yang mengikutimu di antara mereka semuanya."
والله أعلمُ بالـصـواب Wallahu’alam bissawab dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya and Allah knows the right
READ MORE - Kisah Azazil | Azazil Ketua Malaikat | Azazil Diusir Dari Syurga |

Nuffnang

Kata Hikmah Untuk Kali Ini

Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."

Popular Posts

About Me

Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah

Followers

Powered by Blogger.

Pautan

.: sYok.Org :
Share