Tuesday, 25 October 2011
Browse » Home »
» Biarkanlah usikan nakal itu berlalu….
Biarkanlah usikan nakal itu berlalu….
10/25/2011 10:39:00 am | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Senario A
Anda memakaikan tudung buat anak gadis anda yang baru berumur 8 tahun bagi membiasakannya untuk menutup aurat sebelum baligh lagi. Ketika menemaninya menghadiri majlis sukan sekolah, seorang wanita yang turut menemani anaknya mencebik mulutnya ketika melihat anak gadia anda yang bertudung seraya berkata,”Hari ini hanyalah majlis sukan sekolah, janganlah kolot sangat dengan susah-payah bertudung tu !”. Apakah yang seharusnya anda jawab ?
Senario B
Anda sedang bermain boleh pantai bersama rakan-rakan sepengajian. Seusai permainan tersebut, anda bersolah zuhur secara berjamaah di bawah sepohon pokok tetapi hanya bersejadahkan pepasir kering di persisiran pantai kerana tiada masjid atau surau di kawasan yang berdekatan. Tiba-tiba sepasang merpati dua sejoli berjalan di kawasan yang berhampiran sambil pasangan lelakinya mengejek,”Kalau ye pun nak sembahyang atau nak tunjuk alim, tapi janganlah ekstrim sangat brader!” Apakah jawapan yang terbaik anda untuk sejejaka tersebut?
Senario C
Anda menyertai rakan-rakan anda mengambil bahagian di dalam aktiviti dakwah kerana menginsafi bahawa anak bangsa anda adalah orang yang lebih dekat dengan anda. Namun rata-rata ramai di kalangan anak bangsa generasi muda seperti anda yang terlibat dengan gejala sosial, gejala lepak dan penyalah-gunaan dadah, kurang bermotivasi dan tidak berwawasan, jauh daripada amalan agama dan pelbagai masalah lain yang sepatutnya diperbetulkan secara sistematik. Tiba-tiba ada kenalan anda mengatakan bahawa anda dan rakan-rakan dakwah anda berfikiran sempit, kelompok pemecah-belah, kumpulan yang introvert, asobiyyah dan pelbagai bentuk tohmahan dan ejekan yang lain. Apakah jawapan yang bakal anda berikan kepada mereka ?
Berikut adalah beberapa kemungkinan jawapan yang boleh anda pilih :
- Jawab balik tohmahan mereka dengan ejekan yang sewajarnya
- Kritik mereka semula di wall facebook mereka
- Jawab herdik mereka dengan hujah al-Quran dan hadith
- Ajak mereka berdebat secara terbuka kerana meyakini Islam tertegak dengan hujah dan dalil
- Anda tidak menjawab melainkan dengan mencebikkan mulut
- Anda buat-buat tak dengar sahaja
- Anda senyum sambil mendoakan agar mereka diberikan hidayah
Namun di dalam banyak keadaan, mendiamkan sahaja ejekan nakal ini adalah lebih baik kerana :
- Anda tidak turut sakit hati dan boleh mengelakkan marah yang berpanjangan
- Anda tidak membuang masa dan boleh menumpukan kepada tugasan yang lebih bermanfaat
- Hujah-hujah anda yang hebat itu juga mungkin tidak boleh mengubah sikap mereka yang kekal nakal
- Tidak melayan mereka memberikan peluang untuk anda memberikan penumpuan kepada sasaran anda yang dahagakan cahaya kebenaran
- Ejekan mereka memberi peluang anda lebih berpahala dan peluang bermuhasabah kerana ada kemungkinan anda juga melakukan kesilapan
- Senyum manis anda dan doa munajat akan melatih anda mendidik nafsu sendiri disamping memungkinkan Allah swt memberi petunjuk kepada mereka
Seorang pencinta kebaikan seharusnya berperangai dengan akhlak yang mulia sehingga pengaruh ilmu itu ternampak dan tercermin pada peribadinya, aqidah dan juga ibadahnya. Perilakunya boleh menjadi contoh dan teladan bagi orang-orang lain serta bakal menarik hidayah daripada Allah swt. Jika perilaku dan perangai kita pun seumpama mereka iaitu berlawanan dengan nilai akhlak yang mulia maka seruan kita akan gagal. Kalau pun berhasil, maka natijahnya sudah tentulah merupakan hasil yang kecil sahaja.
Seorang pencinta kebenaran harus bersabar di dalam menghadapi rintangan dakwahnya atau ketika berhadapan dengan ejekan nakal daripada penentang atau mereka yang mencemburui seruannya. Adalah menjadi resam perjuangan kerana setiap seruan yang mengajak kepada Allah pasti mendapat tentangan sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:
“Dan seperti itulah telah Kami adakan bagi tiap-tiap Nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Rabbmu menjadi pemberi petunjuk dan penolong”. (Surah al-Furqan: ayat 31).
Saudaraku…
Teruskanlah perjuangan di mana jua anda berada dan sibukkanlah dirimu dengan amalan yang bermanfaat buat umat ini.
credit to
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nuffnang
Kata Hikmah Untuk Kali Ini
Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."
Feedjit
Popular Posts
-
Kisah ni di petik dari wall seorang rakan facebook saya : Abdullah Bin AbdulRahman Kisah ini saya dapat dari rakan universiti, dialog ant...
-
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepul...
-
Ramai yang beranggapan, Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat . Namun sebenar-benarnya Azazi...
-
apa pendapat korang dengan gambar di atas.. adakah korang setuju dengan persamaan mereka...??? hahahahahahaha.....
-
GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX) Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam. Jam 3.30 petang saya berada di T...
-
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak,...
-
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali...
-
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGI...
-
hehehhee... sukenyerrr....sukenyerrr..... mana taknya... bila baca kad raya yang di terima... hilang tension aku.... mesti korang heran dari...
About Me
- Muhammad Afif bin Nordin
- Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah
Followers
Powered by Blogger.
Blog Archive
-
▼
2011
(48)
-
▼
October
(17)
- Ambil Wudhuk
- Sayangi Isteri Anda...
- Dinar dan Dirham
- ::..PELAJARI RAHSIA PENYAKIT MELALUI JARI ANDA..::
- ALLAH PASTI MENOLONG HAMBA-HAMBANYA..
- Biarkanlah usikan nakal itu berlalu….
- :: JODOH ♥♥ USAH MENCARI YANG "TERLALU SEMPURNA" ::
- APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH
- Cara-cara nak luahkan rasa CINTA
- Hargailah orang ada di sekeliling kita
- Cara Pemakanan Rasululullah
- Bagi MUSLIMAH yang 'BELUM' bertudung
- Pisang
- Zaman Kini Cara ajar Budak2...
- BILA LELAKI BETUL2 SERIUS DALAM PERCINTAAN….
- Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Sah…
- Sayangnya Allah Pada Perempuan
-
▼
October
(17)
0 comments:
Post a Comment