Tuesday, 26 July 2011
Browse » Home »
» Syiling Terbaru Malaysia
Syiling Terbaru Malaysia
7/26/2011 05:16:00 pm | Posted by
Muhammad Afif bin Nordin |
Edit Post
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling peringatan baharu sempena pengeluaran Siri Ketiga duit syiling Malaysia yang akan berada dalam edaran pada awal tahun depan. Dilancarkan hari ini oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, duit syiling peringatan yang dikeluarkan adalah dalam denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Siri baharu duit syiling ini lebih kecil dan ringan untuk memudahkan orang ramai menggunakannya. Duit syiling berwarna kuning dan perak ini juga mempunyai sisi tepi yangberbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan dengan lebih baik jenis-jenis duit syiling yang berlainan. Duit syiling baharu ini dibuat dengan menggunakan kemajuan terkini dalam teknologi pembuatan duit syiling dengan memasukkan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan. Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
Ciri-ciri unik yang mencorakkan budaya dan warisan negara menjadi sumber inspirasi reka bentuk duit syiling siri baharu ini. Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semula jadi, flora dan fauna dan seni kraf tangan tradisional yang terdapat di Malaysia.
RekaBentuk Duit Syiling
- Bahagian Hadapan Duit Syiling
Motif untuk denominasi 5 sen, 10 sen dan 20 sen memaparkan empat belas titik yang melambangkan tiga belas Negeri serta Wilayah Persekutuan. Motif untuk duit syiling 50 sen mempunyai lima garis mendatar yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara.
- Motif bagi setiap denominasiadalah seperti yang berikut:
Denominasi Ikon50 sen Sulur Kacang 20 sen Bunga Melur 10 sen Orang Asli Motif 5 sen Destar Siga
- Bahagian Belakang Duit Syiling
Bahagian belakang semua duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen memaparkan motif yang sama iaitu bunga raya, yang merupakan bunga kebangsaan dan angka yang menunjukkan tahun penempaan, nilai muka duit syiling dan perkataan 'Bank Negara Malaysia 'sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan duit syiling.Siri baharu duit syiling ini adalah sah diperlakukan dan akan berada dalam edaran bersama-sama dengan siri yang sedia ada. Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur.
Bank Negara Malaysia akan bekerjasama rapat dengan institusi-institusi kewangan, perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai untuk memastikan peralihan yang lancar siri baharu ini. Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh selama enam bulan untuk mengubah suai mesin mereka bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu ini dengan mudah.
Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan Siri Keempat wang kertas baharu pada bulan September tahun ini.
Lokasi Jualan
Duit syiling peringatan ini ditempa dan diedarkan oleh Bank Negara Malaysia dan akan mula dijual dari 26 Julai 2011 di ibu pejabat Bank Negara Malaysia (BNMLINK) dan cawangannya di Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Kinabalu dan Kuching
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nuffnang
Kata Hikmah Untuk Kali Ini
Jika kamu TIDAK MAMPU menjadi sebatang PENSEL untuk MENULIS KEBAHAGIAAN kepada seseorang, cubalah sekurang-kurangnya menjadi PEMADAM LEMBUT yang mampu MENGHILANGKAN KESEDIHAN insan."
Feedjit
Popular Posts
-
Kisah ni di petik dari wall seorang rakan facebook saya : Abdullah Bin AbdulRahman Kisah ini saya dapat dari rakan universiti, dialog ant...
-
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepul...
-
Ramai yang beranggapan, Azazil ataupun Azazel ialah makhluk ciptaan Allah yang sejenis dengan Malaikat . Namun sebenar-benarnya Azazi...
-
apa pendapat korang dengan gambar di atas.. adakah korang setuju dengan persamaan mereka...??? hahahahahahaha.....
-
GADIS TEMPATAN DIMANDIKAN OLEH LELAKI NIGERIA (Eksklusif 18SX) Saya melalui 8 jam agak memenatkan semalam. Jam 3.30 petang saya berada di T...
-
kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju... kalian kata: jika tidak,...
-
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali...
-
Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGI...
-
hehehhee... sukenyerrr....sukenyerrr..... mana taknya... bila baca kad raya yang di terima... hilang tension aku.... mesti korang heran dari...
About Me
- Muhammad Afif bin Nordin
- Kolej: Kolej Pembantu Perubatan Ulu Kinta, Perak Pekerjaan: PPP emel: blackxmask@yahoo.com Alamat sekarang: Kuarters Klinik Kesihatan Tinangol, 89058 Kudat, Sabah
Followers
Powered by Blogger.

0 comments:
Post a Comment